Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

DIY Yang Jimat Untuk Majlis Kahwin Anda

Perkongsian

Hampir setiap pasangan yang ingin berkahwin menginginkan majlis perkahwinan yang indah. Dalam masa yang sama, boleh pening kepala fikir macamana nak indahkan majlis tersebut dan bagaimana persiapan yang ingin dilakukan. Belum fikir kos lagi untuk mencari barang persiapan atau mengupah sesiapa untuk menyiapkan tema-tema tertentu yang diinginkan. Kadang-kadang, design pereka perkahwinan pun tidak kena dengan selera kita.

Jangan risau bakal pengantin semua, masih ada cara lain untuk berjimat di majlis perkahwinan anda. Ikuti tips mudah dengan ber DIY sahaja. Dapat jimat kos dan paling puas hati sebab mengikut cita rasa anda sendiri.

1. Lilin Buatan Sendiri

Kebiasaanya bunga akan menjadi pilihan pengantin untuk diletakkan atas meja tetamu yang hadir. Bunga pun nak kena beli kan. Bekasnya lagi. Tapi dengan cara DIY, anda cuma perlukan lilin sendiri  dan diletakkan didalam cawan yang mungkin bercorak floral atau  vintage.

2. Penutup Botol Dan Pasu Kecil

Penutup botol atau bahasa yang paling mudah faham, ceper juga boleh digunakan untuk hiasan DIY. Ceper tersebut dijadikan sebagai alas untuk meletak pasu kecil. Anda boleh letakkan dalam pasu tersebut mengikut kemahuan anda sebagai contoh anda boleh letakkan nama tetamu dalam setiap pasu kecil itu. Kemudian, letakkan atas meja. Tetamu akan duduk dimeja yang ada nama mereka. Kreatif kan!

3. Jambangan Bunga Dari Surat Khabar

Inilah yang dinamakan proses kitar semula. Kalau dirumah anda terdapat surat khabar lama, jangan buang! Kerana ianya boleh dijadikan sebagai jambangan bunga. Pilih siapa-siapa dalam kalangan keluarga anda yang kreatif untuk menjadikan surat khabar menjadi bentuk bunga. Ianya akan menjadi lebih menarik dan kreatif sekiranya jambangan tersebut diwarnakan dengan warna yang menarik. Maklum lah, nak beli bunga segar bukannya murah!

4. Lampu Kelip-Kelip Cawan

Anda boleh menggunakan cawan kertas untuk dihias pada lampu kelip-kelip. Sangkutkan satu-satu cawan disetiap lampu dan lebih cantik kalau cawan tersebut pelbagai warna. Ya, pasti sangat cantik!

5. Belon Warna-Warni

Walaupun ada yang berpendapat belon sangat cliche dalam satu majlis, tapi anda masih boleh nampakkan ia sebagai satu idea yang sangat kreatif. Gunakan belon gas yang pelbagai warna, lalu biarkan ia tergantung di atas syiling. Jangan diluar pula nanti belonnya naik sampai ke langit!

6. Botol Kosong Dan Reben Warna Warni

Hiasan ini anda boleh dilakukan dimana-mana yang anda mahu. Sebagai contoh hiasan di both untuk bergambar. Apabila tetamu nak ambil gambar, tidak lah terasa kosong hiasan booth kan. Gantungkan balang atau botol kosong bersama lilitan reben yang warna warni. Pasti akan menjadi tumpuan pada tetamu untuk bergambar.

Jimat kos dan puas hati sekiranya anda melakukan tips DIY ini. Dalam masa yang sama, anda tidak perlu mengupah orang lain mahal-mahal untuk buat hiasan sedangkan anda sendiri mampu untuk ber DIY!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply