Cinta & Perhubungan Inspirasi

Hidup Single? Tiada Masalah.

Perkongsian

Buat mereka yang masih belum mempunyai teman istimewa atau berkahwin, pasti ada terselit perasaan cemburu melihat pasangan lain meluangkan masa bersama. Lagi membunuh perasaan apabila sahabat baik sendiri telah berumahtangga dahulu dan hidup berbahagia.

Jangan risau ya! Sebenarnya menjalani kehidupan single tidaklah sukar mana seperti yang anda fikirkan. Hidup single juga bukan bermakna anda forever alone. Masih banyak manfaat kalau anda masih hidup sendiri.

1. Bebas Melakukan Apa Sahaja

Tanpa pasangan istimewa, anda akan merasa bebas untuk melakukan apa sahaja. Keluar dengan siapa, balik pukul berapa dan tak kisah nak pergi kemana sahaja. Anda juga tidak perlu meminta kebenaran pasangan apabila hendak pergi kemana-mana atau mahu melakukan sesuatu.

2. Lebih Banyak Peluang Pekerjaan

Kebiasaanya, dalam mencari kerja seseorang yang tidak terikat dengan ikatan perkahwinan atau bujang, sesuatu tempat akan mengutamakannya untuk diambil bekerja. Menurut laman CNNMONEY, terdapat banyak organisasi atau mana-mana syarikat yang yang lebih suka menggaji mereka yang bujang dan tidak terikat dengan hubungan yang serius. Hal ini kerana mereka berpendapat, mereka yang bujang dan tidak bercinta akan mempunyai fokus dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja.

3. Boleh Berjimat

Semestinya anda akan dapat jimat banyak apabila hidup single. Hal ini kerana, anda tidak perlu keluarkan duit untuk pasangan. Lebih-lebih lagi lelaki. Anda tidak perlu fikir duit untuk menonton wayang, duit untuk membeli hadiah hari lahir pasangan, anda tidak perlu fikir duit untuk sambut ulangtahun hubungan kalian. Duit yang anda belanjakan ke arah itu semua anda dapat simpan untuk masa depan anda. Mungkin satu hari nanti ditimpa ujian yang memerlukan wang, anda tak perlu pening kepala lagi dah nak cari duit kat mana.

4. Lebih Masa Untuk Keluarga, Sahabat

Kita semua tahu, cinta boleh datang dan pergi. Namun, ikatan kekeluargaan bagai air yang dicincang tidakkan putus. Sekiranya anda single dan tidak terikat dengan hubungan yang serius, masa anda pasti akan lebih diluangkan pada sahabat dan keluarga. Hubungan sahabat dan keluarga bagi sesetengah orang lebih bernilai daripada hubungan cinta. Dalam masa yang sama, kita mesti tidak mahu kehilangan mereka yang bernilai hanya kerana cinta kan.

Menjadi seorang yang tidak mempunyai teman istimewa bukanlah dianggap forever alone seperti yang disangka sesetengah orang. Hal ini kerana, mungkin mereka masih bersedia untuk terikat dengan bubungan yang lebih serius dan mengakibatkan semua aktiviti mereka terbatas.

Kepada yang single diluar sana, abaikan kalau ada yang kata anda tak laku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti nikmat menjadi single yang sebenarnya!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply