Semasa Viral

Hukum Tukar Baucer Buku (BB1M) Dengan Wang Tunai!

Perkongsian

Bagi peruntukan bantuan Rakyat 1 Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM400 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas. Tetapi bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang merupakan seorang  pelajar universiti awam atau swasta tidak layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berjumlah RM400 kerana para pelajar akan mendapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) berjumlah RM250.

Beberapa minggu  ini merupakan minggu di mana pihak universiti akan mula mengagihkan bantuan BB1M kepada semua pelajar universiti awam dan swasta. Oleh itu ramai mahasiswa masih keliru tentang penggunaan BB1M, ada  mahasiswa yang ingin membeli buku rujukan, novel, komik, alat tulis dan sebagainya. Tak kurang juga ada mahasiswa ingin menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai.

Terdapat banyak pendapat yang dikeluarkan oleh orang yang berpengetahuan mengenai isu penukaran BB1M dengan wang tunai. Di dalam entri ini kami hanya akan mengutarakan dua pendapat sahaja, iaitu pendapat daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Arif Aiman.

1.Dr. Zaharuddin Abd Rahman

uzar

Menurut Dr. Zahar, perbuatan menjual baucer buku untuk tujuan tunai merupakan satu tindakan yang salah, tidak beretika,memecah amanah dan keluar daripada objektif asal pemberian baucer.

Pun begitu, jika seseorang pelajar terdesak untuk mendapatkan wang kerana keadaan hidupnya yang miskin dan keperluan asasi yang lebih penting seperti untuk membeli nasi, maka itu terpulang kepada pemegang baucer itu sama ada untuk menjual BR1M ataupun tidak. 

Bagi Dr. Zaharuddin, baucer buku mengambil sifat barangan yang disebutkan dalam senarai daripada kerajaan seperti buku dan alat tulis, maka ia bukanlah ‘wang kertas’ atau ‘mata wang’ yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai barang secara bebas. Memandangkan ia bukan mata wang atau wang kertas, maka penjualan baucer buku dengan harga yang sama seperti yang tercatat (RM50) atau harga diskaun (RM45)  bukanlah riba dan tiada masalah daripada sudut kontraknya. 

Jadi kesimpulannya, menjual baucer buku merupakan perbuatan tidak beretika dan pecah amanah, tetapi jika ia dijual, maka tidaklah ia tergolong dalam kategori riba.  

2. Ustaz Arif Aiman

Menurut Ustaz Arif Aiman, perbuatan menjual BB1M ini juga dikira sebagai perbuatan tidak amanah kerana tujuan kerajaan memberikan pelajar bantuan baucer buku ini adalah untuk membeli buku dan alat tulis. Bagi ustaz Arif Aiman, beliau mengambil pendapat yang sedikit longgar dan ringan mengenai isu penjualan baucer buku kepada wang tunai.

Jika semua pelajar sudah mempunyai semua buku rujukan dan semua alat tulis yang diperlukan, maka pembelian buku dan alat tulis menggunakan baucer buku merupakan perbuatan yang membazir. Oleh itu, pelajar boleh menukarkan baucer buku kepada wang tunai untuk membeli barangan lain yang lebih bermanfaat. Maka, beliau berpendapat hukum menukar baucer buku kepada wang ringgit adalah harus.

Menurut beliau lagi, hukum menukar baucer buku bukanlah hukum haram yang kekal. Ia mempunyai kelonggaran, jika lebih bermanfaat kepada orang ramai. Jika seorang pelajar tidak mempunyai wang untuk membeli makanan harian, maka itu adalah lebih utama baginya kerana jika dia tidak makan maka akan menjejaskan kesihatan tubuh badannya. Di bawah kami sertakan video perkongsian pendapat daripada Ustaz Arif Aiman.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply