Cinta & Perhubungan Inspirasi

Suami Jadi Lebih Setia Selepas Ada Anak.

Perkongsian

Pasti kita ada salah seorang kawan lelaki yang berubah 100% selepas mempunyai anak. Kadang-kadang perubahan dia tu rasa macam buang tebiat. Nak ajak lepak macam selalu, jauh sekali nak join. Alasan, jaga anak.

Tidak mustahil, lelaki yang bergelar ‘playboy’ pun boleh berubah selepas dapat anak. Hal ini kerana, sifat kebapaan akan datang dalam diri mereka secara semulajadi. Sifat kasih sayang tu makin mendalam, kadang-kadang ada ayah yang lebihkan anak daripada isteri. Lebih-lebih lagi kalau dapat anak pertama perempuan.

Seperti yang dinyatakan dalam laman portal Rotikaya, kajian yang dilakukan oleh Pakar Antropologi dari Northwestern Universtity Amerika Syarikat, selepas kelahiran seorang anak, lelaki atau suami yang ‘nakal’ mungkin akan berubah secara drastik menjadi seoarang yang setia..

Antara salah satu fakor yang mendorong kepada perubahan drastik tersebut ialah kerana berasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama sekali dengan kehadiran cahaya mata yang pertama.

Antara faktor dalam kajian juga termasuklah keinginan seorang lelaki untuk melihat pada wanita cantik menjadi kurang apabila mempunyai bayi. Iyalah, bukankah bayi comel lebih menarik perhatian berbanding seorang wanita. Memandang bayi juga mungkin akan menyejukkan hati si bapa. Maka, hati mereka lebih cenderung untuk menjaga bayi dan meluangkan masa bersama si bayi.

Saat menjadi bapa juga, kadar testosteron lelaki akan menjadi lebih rendah yang membuatkan mereka lebih fokus untuk membina dan menjaga keluarga mereka.

Boleh jadi juga salah satu sebab lelaki berubah menjadi setia selepas memiliki anak apabila mereka melihat sendiri bagaimana isteri mereka berjuang nyawa untuk melahirkan benih mereka. Secara tak langsung, perasaan ingin menghargai si isteri dan anak yang baru dilahirkan timbul dalam diri. Bukanlah bermaksud sebelum mempunyai anak lelaki tidak menghargai isterinya tapi  mungkin selepas mempunyai anak, suami sendiri dengan rela hati untuk membantu isteri menjaga anak yang baru lahir.

Maka, kalau ada dalam kalangan kawan lelaki kita yang berubah 100% selepas mempunyai anak, jangan dihalang perubahan tersebut. Mungkin akan terasa hilang seorang kawan yang tidak melepak bersama, tapi lambat laun perasaan itu akan datang juga dalam diri kita. Perasaan lebih bertanggungjawab. Betul kan para ibu!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply