Semasa

Wanita, Jangan Muat Naik Gambar Kurang Sopan Di Facebook.

Perkongsian

Semakin cantik seseorang wanita itu, semakin galak mereka memuat naik gambar mereka di laman sosial terutama di facebook. Wanita diingatkan supaya tidak terlalu ghairah memuat naik gambar mereka dalam keadaan kurang sopan di laman media sosial . Hal ini kerana untuk mengelakkan menjadi mangsa di eksploitasi oleh pihak lain berikutan sekarang ini adalah zaman teknologi canggih.

Malaysian Association of Women Empowerment (MyWomen) mengingatkan hal ini kepada wanita diluar sana yang berani memuat naik gambar-gambar kurang sopan di facebook atau laman sosial instagram.

Presiden MyWomen Datuk G. Geethanjali juga mengakui perbuatan mereka adalah satu perkara yang membimbangkan dan mungkin akan mendatangkan keburukan pada mereka.

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang merupakan zaman yang segala-galanya dihujung jari. Tidak mustahil gambar kita akan menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk digunakan pada jalan yang tidak betul.

Bukan tidak pernah berlaku tetapi hal seperti ini sudah sering berlaku dan terjadi pada wanita di negara ini. Kesudahannya diri mereka sendiri yang menyesal. Apabila perkara ini terjadi, 100% kesalahan tidak boleh diletakkan pada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukannya kerana puncanya adalah daripada wanita yang sering memuatnaik gambar kurang sopan mereka. Manakala pihak yang tidak bertanggungjawab hanya menanti mangsa untuk dijadikan sebagai sumber rezeki mereka.

Selepas ini, kepada lelaki yang bergelar ayah, suami atau abang kepada wanita diluar sana, mungkin anda boleh menegur mereka supaya tidak terlalu ghairah memuat naik gambar yang kurang sopan. Boleh lah sekali sekala periksa laman facebook, laman instagram mereka. Siapa yang tidak sayang isteri, dan ahli keluarga kita kan.

Sebelum menjadi mangsa, lebih baik kita cegah!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply