Cinta & Perhubungan Inspirasi Viral

7 Kunci Rahsia Kebahagiaan – Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA

Perkongsian

Semua orang inginkan kebahagian di muka bumi ini, terutamanya merasa bahagia di dalam hati bersama sahabat-sahabat, keluarga juga bersama masyarakat. Bahagia bukanlah datang pada wang ringgit, tetapi bahagia datang daripada hati. Berikut kami kongsikan 7 kunci utama kebahagian yang telah dikongsikan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA yang sangat mudah tanpa perlu keluarnya wang!

1. Jangan membenci sesiapa pun walau ada yang menyalahi hakmu.

download

Tidak salah jika kita memaafkan orang yang telah membuat salah kepada kita. Selalunya bila kita memaafkan orang lain, hati kita akan menjadi semakin tenang dan damai. Itu kerana Allah hadirkan satu rasa yang cukup istimewa yang mampu mendamaikan hati kita untuk terus memaafkan orang lain. Membenci orang lain merupakan satu perbuatan yang salah kerana ianya mampu memutuskan tali silaturrahim antara kita. Adakah perlu kita bermusuh, berdendam hanya kerana salah seorang manusia yang membuat kesilapan kepada kita? Jangan lupa kita juga tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan!

2. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Muslim-Girl-Praying

Sesudah solat selalunya kita akan berdoa untuk keluarga dan orang-orang yang kita sayang sama ada sudah meninggal atau masih hidup untuk diampunkan dosanya, dimurahkan rezekinya. Apa kata anda ajarkan diri anda untuk memohon ampun untuk semua orang Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika semua umat Islam melakukan hal tersebut, nescaya dosa-dosa orang Islam akan dimaafkan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

3. Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak.

download (1)

Jika anda mempunyai masalah, menangis merupakan salah satu cara untuk menzahirkan masalah dengan cara yang berkesan. Tetapi janganlah sampai meratap, meraung untuk meluahkan kesedihan itu. Kita dapat lihat realiti pada masa kini dimana apabila ahli keluarga yang meninggal, ada saudara yang akan meraung, meronta. Kenapa kita perlu sedemikian? Ya kami yakin anda sangat merasa dukacita, tetapi perlukah anda meraung? Ingatlah bahawa semua jasad di muka bumi adalah pinjaman Allah semata-mata. Barang yang dipinjam perlulah dihantar semua kepada pemiliknya apabila tiba waktunya. Ingat diri kita juga adalah pinjaman!

4. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

download (2)

Bila anda dalam keadaan tidak mempunyai wang, atau kekurangan makanan, apa kata anda cuba berikan wang dan makanan kepada yang memerlukan. Jika anda tidak boleh memberi wang dan makanan yang banyak, berilah sedikit sahaja daripada rezeki anda. Anda boleh cuba dengan memberi sumbangan kepada tabung masjid walau hanya RM1, anda boleh memberikan kucing jalanan sedikit makanan. InsyaALLAH rezeki akan terbuka luasa untuk anda. Berapa banyak kejadian yang pernah diceritakan bahawa dia memberi makanan kepada orang lain, kemudian Allah bukakan satu lagi pintu rezeki untuknya?

5. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

download (3)

Jika anda kaya sekalipun, apa kata anda hidup dalam keadaan yang sederhana seperti cara hidup Rasullah S.A.W yang sentiasa mementingkan kesederhanaan. Ini membantu dalam mengelakkan orang miskin berasa iri hati dan sikap riak dalam diri kita.

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

download (4)

Kajian mendapati bahawa senyum boleh merawat hati yang duka. Orang yang mempunyai masalah apabila melihat senyuman anda yang ikhlas, pasti berasa senang dan mahu rapat dengan anda. Jika anda seorang yang suka senyum, positif, orang akan gemar untuk mendampingi anda kerana aura positif yang keluar daripada wajah anda!

7. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

download (5)

Berbuat baik dengan semua orang walaupun akhir nanti akan menyusahkan anda. Jika anda melihat seorang  tua hendak melintas , rajinkan diri anda menolongnya walaupun anda akan terlambat untuk ke tempat kerja. Anda boleh menawarkan untuk menghantarnya. Jika rakan anda terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, apa kata anda tolong dengan membantunya. Tidak mengapa untuk balik lewat sedikit, kerana hutang budi pasti dibalas budi. Jika anda ada masalah, rakan itu akan berbesar hati untuk menolong anda!

Amalkan dan semoga kebahagiaan itu milik anda!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;Sophomore right fielder Jordan Rodgers went 2 for 5 with an RBIWellington City Council Takes Cheer Out Of Christmas

PARLIAMENT TODAY:Tuesday June 23 EEZ Bill And Cyber BullyingQuestions For Oral Answer June 23Last Week’s Audio Questions on Housing Dominate Week Committees Undertake Budget Reviews Access Radio Week in ParliamentJohn Key Has Reckons: Floods, Refugees, And Saudi SheepThe Prime Minister today conceded he had gotten the numbers wrong about refugee intake.mulberry handbags sale

By the time he returned home with his coffee and muffin, another wave of children had hit the kitchen: Kiera, 11, and Colin, 10, who looked up from his Honey Nut Cheerios to answer trivia questions from his father about early Super Bowl winners.mulberry handbags uk
I rather remember both of them as they are today rather with their bats hung under arms walking slowly back questioning thesmselves for postponing the decision to retire.prima classe alviero martini
mcm purses

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply