Fesyen & Gaya Hidup

7 Risiko Melakukan Bikini ‘Waxing’ !

Perkongsian

Waxing merupakan proses pencabutan bulu rambut yang ada pada tubuh badan. Wanita seringkali melakukan waxing di bahagian tangan dan kaki supaya kelihatan halus dan bersih. Bukan itu sahaja, trend terkini menyebabkan ramai wanita yang mengambil jalan untuk membuang bulu rambut pada organ sulit melalui waxing. Kaedah ini dinamakan Bikini Waxing. Walaupun hasil kaedah waxing menjanjikan kulit yang putih bersih dan gebu, kesan yang akan diperolehi oleh pengamalnya amat membimbangkan!

Waxing1

1. Proses yang menyakitkan

Proses waxing sangat menyakitkan (selain sakit gigi atau bertatu, melakukan brazilian waxing juga sangat menyakitkan) dan boleh menyebabkan iritasi, benjolan dan bekas yang perih. Walaupun rasa sakit ini tidak lama, tetapi kesakitan itu akan sangat terasa terutamanya di daerah yang sensitif.

2. Infeksi pada kulit

kMZGQpc

Berdasarkan kajian terbaru oleh penyelidik di Perancis, hair removal boleh menyebabkan trauma mikro kulit dan meningkatkan pendedahan virus cacar iaitu Molluscum contagiosum.

3. Biaya yang mahal

Luxury-Expensive-Things-That-You-Would-See-In-A-Millionaires-House-1

Waxing merupakan salah satu perawatan kecantikan yang sangat tinggi belanja.

4. Menjadikan rambut yang baru tumbuh kelihatan tebal

phototrichogram01

Ketika waxing dilakukan dengan melawan arah pertumbuhan rambut, strip lilin dapat menggangu akar rambut yang mana boleh menyebabkan rambut mulai tumbuh dari arah berlawanan. Hail ini menyebabkan rambut yang baru tumbuh nanti akan menjadi lebih tebal dan lebih mudah dilihat. Walaubagaimanapun hal ini hanya akan terjadi jika kaedah waxing dilakukan secara salah. Jika kaedah waxing dilakukan secara betul, maka pertumbuhan rambut adalah normal.

5. Pasangan tidak suka

man-annoyed

Ramai wanita menyangka bahawa membuang rambut pada badan mereka membuatkan pasangan mereka lebih suka, tetapi andaian ini salah. Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan ke atas 1,000 orang lelaki, kajian mendapati lelaki lebih menyukai pasangan yang mempunyai sedikit ‘rimbun’ pada tubuh badan pasangan mereka.

6. Kulit Kering

dry skin texture detail background

Kulit kering merupakan salah satu reaksi yang umum yang sering terjadi akibat waxing. Jika waxing dilakukan secara terus menerus, maka kulit akan cenderung untuk mengalami masalah kulit kering berpanjangan. Kesannya adalah daripada iritasi sehinggalah kepada pengelupasan kulit. Bekas-bekas seperti luka juga akan muncul di sekitar kawasan intim.

7. Kulit terbakar

Waxing yang menggunakan lilin panas sebagai medianya cenderung untuk memberikan kulit terbakar kepada pengamalnya jika tidak dilakukan dengan profesional. Ini akan menimbulkan kesan luka terbakar disekitar organ intim.

Jika kaedah waxing dilakukan dengan betul dan profesional, maka masalah kulit kering dan terbakar tidak akan berlaku. Tetapi sanggupkah anda mengambil risiko itu? Sebagai seorang wanita, adalah lebih baik jika anda mengamalkan cara menghilangkan bulu rambut secara┬ákaedah tradisional daripada anda mengambil risiko melakukan waxing yang mungkin akan menggangu kesihatan dan ‘menghodohkan’ miss v anda. Sayangi dirimu!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply