Inspirasi

Amalan Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Perkongsian

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan merupakan hari yang paling mulia di sisi Allah. Kerana itu lah hari Jumaat disunatkan untuk melakukan beberapa perkara salah satunya membaca surah Al-Kahfi. Dalam al Quran juga menyatakan, hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat.

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari jumaat iaitu :

1. Memotong kuku

Ibnu Masuk berkata,

” Sesiapa yang memotong kuku pada hari JUmaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan”

Selain daripada memotong kuku, memakai pakaian yang bersih dan cantik. Disunatkan juga memakai bau baun yang wangi. Selain itu, buat lelaki juga disunatkan untuk mencukur kepala dan memendekkan misai. Maka mereka akan tampil lebih kemas.

2. Membaca Surah Al Kahfi

Kita disunatkan untuk membaca surah Al Kahfi pada malam jumaat dan siangnya. Oleh kerana surah ini adalah surah panjang, kita boleh membacanya memulakan bacaan selepas waktu asar hari khamis dan disambungkan sehingga waktu asar pada hari jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud

” Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.

3. Banyakkan Membaca Selawat Ke Atas Nabi s.a.w

Kita disunatkan untuk berselawat ke atas junjungan mulia nabi kita pada malam hari dan juga waktu siang. Tiada salahnya berselawat ke atas Rasulullah s.a.w yang dirindui. Baginda pernah bersabda

” Perbanyakkan lah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali ( Allah akan memberinya rahmat 10 kali)” (HR. Al-Baihaqi)

4. Membaca Yassin

Menurut hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sesiapa yang membaca Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecilnya yang dilakukan. Kita boleh membaca surah Al Kahfi atau Yassin secara bergilir apabila tibanya hari jumaat setiap minggu.

5. Mandi Sunat Jumaat

Bukan hari raya je tau ada mandi sunat, hari jumaat pun ada mandi sunat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud

” Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang”

6. Berdoa Bersungguh-sungguh

Majoriti ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca diantara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim mengatakan,

” Di antara sekian banyak pendapat, ada dua yang paling kuat, doa yang paling makbul ialah disaat duduknya khatib sampai selesainya solat”

Adakah diantara amalan diatas menjadi amalan kita setiap hari Jumaat? Jika tiada, jom kita cuba didik diri kita untuk melakukan salah satu amalan tersebut. Bukan susah pun kan! Tak semua, kita buat satu-satu setiap minggu tibanya hari Jumaat. Insya Allah, mudah-mudahan kita diberi ganjaran pahala dan diterima Allah segala amalan kebaikan kita. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply