Semasa Viral

Ibu, Anak Rakan Sekelas!

Perkongsian
ALOR GAJAH 24 MARCH 2016. ( MM503L ) Suaibah Mohd Yunos, 52, (kanan) bersama anak perempuannya Nur Liana Mohd Tajudin, 23, (kiri) mendaftar di Kolej Komuniti Selandar. STR/ ZAIREE MOHD YASAK
ALOR GAJAH :  Suaibah Mohd Yunos, 52, (kanan) bersama anak perempuannya Nur Liana Mohd Tajudin, 23, (kiri) mendaftar di Kolej Komuniti Selandar. STR/ ZAIREE MOHD YASAK

ALOR GAJAH : Seorang ibu beranak tujuh, Suaibah Mohd Yunos, 52 tahun bukan sahaja menjadi pelajar paling tua dalam kelasnya, malah dia berada satu kelas dengan anak ketiganya selepas mereka berdua mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti Selandar pada hari Isnin yang lalu.

mg_1565k

Ketika ditemui, dia kelihatan gembira kerana dapat meluangkan masa bersama anaknya selepas sibuk menjadi seorang pengurus hotel di Bukit Fraser, Pahang. Dia kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengurus hotel pada Mac 2001 dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di kolej ini kerana ingin mengisi masa lapang, disamping mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anaknya yang ketiga itu. 

Dia yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus hotel mengakui bahawa dia sangat sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk tiga orang anaknya, dan membantu mereka menghadapi persiapan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Dia yang merupakan pemegang Diploma Pentadbiran dan Perundangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan anaknya, Nur Liana Mohd Tajudin, 23 tahun mengambil keputusan untuk mengikuti pengajian Sijil Pengurusan Pengoperasian Perniagaan selama 16 bulan.

Menurut Suaibah lagi, keputusan untuk mengikuti pengajian itu adalah kerana keinginannya yang mahu terus menimba ilmu tanpa menghiraukan batasan umur walaupun beliau merupakan pelajar yang paling tua dalam kelasnya itu. Penerimaan kakitangan kolej yang jauh lebih muda dan mesra membuatkan dirinya berasa selesa dan tidak janggal untuk menjalani pengajiannya di situ. Dia juga menyatakan bahawa jawatan pengurus hotel menjadikan dirinya lebih mudah untuk menyesuaikan diri malah dia juga sering dijadikan rujukan, termasuklah oleh anaknya sendiri. 

“Suami juga tidak mempunyai halangan dengan keputusan ini, sebaliknya dia memberikan dorongan kepada kami dua beranak,”katanya.

Sementara itu, anaknya Nur Liana berkata mereka terpaksa berulang alik dari kolej ke rumahnya yang mengambil masa selama 30 minit setiap hari. 

“Saya sangat teruja dan gembira sebaik ibu menyatakan hasratnya untuk belajar bersama. Selain dapat mengeratkan hubungan kami, saya dapat berkongsi ilmu dengannya sebagai rakan sekelas dan menjadi tepat rujukan. Namun, saya juga cemburu jika ibu sibuk melayan pelajar lain tetapi faham kerana sebagai individu lebih berusia yang mempunyai pengalaman yang luas, pasti ramai mahu bertanya kepadanya.” katanya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply