Semasa Viral

Kuetiau Beracun Ragut Nyawa!

Perkongsian
AHLI keluarga di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa, Hawa Buyong (gambar kecil) meniggal dunia 11.20 malam tadi di HRPB Ipoh. FOTO Muhammad Apendy Issahak/ ihsan keluarga
AHLI keluarga di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa, Hawa Buyong (gambar kecil) meniggal dunia 11.20 malam tadi di HRPB Ipoh. FOTO Muhammad Apendy Issahak/ ihsan keluarga

IPOH : Seorang mangsa wanita, Hawa Buyong, 46 tahun disahkan meninggal dunia selepas menikmati sarapan kuetiau kegemaranya di sebuah kedai makan Seputeh, Batu Gajah. Arwah Hawa terpaksa bertarung nyawa selama 20 hari selepas dia disahkah kritikal kerana menikmati kuetiau kegemarannya yang disahkan tercemar dengan racun serangga jenis carbamate.

Hawa yang masih bujang disahkan meninggal dunia pada pukul 11.25 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas arwah hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 4 Mac. Kakaknya, Anita Buyong, 48 tahun memberitahu bahawa arwah yang bekerja di sebuah stesen minyak di Seri Iskandar tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital selepas pengsan di tempat kerjanya pada hari kejadiaan selepas arwah mengadu sesak nafas.

Arwah yang merupakan antara 102 mangsa keracunan makanan merupakan pelanggan tetap kedai makan tersebut selama tiga tahun selepas kedai makan berkenaan terkenal dengan menu kuih bom dalam kalangan masyarakat setempat. Kesemua 102 mangsa keracunan makanan berusia antara 2 hingaa 71 tahun mengalami simptom seperti muntah, cirti-birit, kepeningan, kecelaruan dan berpeluh berlebihan.

6

Keputusan laporan Jabatan Kimia Malaysia cawangan Perak pada 9 Mac lalu mendapati racun serangga jenis carbamate sebagai punca mangsa mengalami keracunan makanan. Racun berkenaan turut ditemui pada empat sampel makanan yang lain di kedai tersebut iaitu sambal nasi lemak, kuetiau goreng, kuih bom dan cucur badak.

Jenazah Hawa selamat dikebumkan di Tanah Perkuburan Siputeh di Tronon tengah hari semalama. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan AIir, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata beliau mewakili kerajaan negeri melahirkan rasa sedih atas kematian mangsa.

Pemilik gerai, Jamaluddin Saaid, 46 tahun yang mempunyai hubungan baik dengan mangsa menyatakan rasa kesal dan trauma menghantui dirinya. 

“Selepas kes keracunan makanan ini, semangat saya untuk kembali berniaga semakin pudar. Meskipun dibenarkan membuka gerai selepas 14 hari notis tutup, saya belum mampu untuk berbuat demikian. Peristiwa itu menghantui diri saya, sehingga menyebabkan kami malu dan trauma untuk berdepan masyarakat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd. Nasri Omar berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat mangsa daripada pihak hospital. Polis kemudiannya akan menyerahkan kertas siasatan dan kertas inkuiri polis kepada timbalan pendakwa raya untuk mengenal pasti punca kematian. Setakat ini, kes ini diklasifikan sebagai mati mengejut.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply