Fesyen & Gaya Hidup Viral

Mandul- Salah Suami Atau Isteri?

Perkongsian

Dalam masyarakat Melayu dahulu, apabila si isteri tidak boleh mengandung maka si isteri akan dilabel mandul oleh suami dan keluarga mertua. Hal ini masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini apabila si isteri tetap dituduh mandul jika dia tidak boleh melahirkan anak untuk suami.

Masalah ini bukan hanya berlaku pada orang awam, malah kepada para artis juga. Bahkan para artis sebenarnya menanggung malu yang teramat kerana sesetengah media menuduh dirinya mandul, kemudian berita itu disebarkan pada orang awam.

3

Seiring dengan perkembangan teknologi, kita dapat pastikan siapakah sebenarnya yang memainkan peranan dalam menentukan kehadiran cahaya mata, pihak suami atau pihak isteri? Sebelum kita ingin ‘menuduh’ siapa yang bersalah dalam hal ini, apa kata kita faham dulu bagaimana proses kehamilan itu terjadi. Terlebih dahalu, kami ingin mengingatkan bahawa perkongsian ilmu ini adalah supaya masyarakat lebih faham dan tidak tabu dengan hal sebegini, bukanlah untuk tujuan yang tidak elok. 

Untuk pihak isteri mengandung, proses biologi antara sel zigot isteri (ovum) dan sel zigot suami (sperma) perlu bercantum untuk menghasilkan anak. 

fertilisation-process-in-human

Jika salah satu daripada sel zigot isteri atau suami yang tidak berfungsi, maka proses kehamilan tidak akan berlaku. Ini menunjukkan bahawa pihak suami dan isteri membawa kepentingan yang tersendiri. Mandul itu boleh jadi datang daripada pihak suami mahupun pihak isteri. Bukanlah seperti kepercayaan masyarakat Melayu dulu bahawa kemandulan berpunca daripada pihak isteri sahaja!

causes_of_infertility

Seperti yang kita dapat lihat, faktor yang menyebabkan kemandulan adalah sama antara pihak suami dan isteri, iaitu sebanyak 40% setiap individu, 10% lagi kerana kedua-dua pihak dan 10% lagi merupakan faktor yang tidak dapat dikenalpasti seperti persekitaran, genetik dan sebagainya. 

Penyebab kemandulan lelaki

1.Penghasilan dan fungsi sperma yang tidak normal

man

Ini terjadi kerana faktor seperti genetik, masalah kesihatan seperti diabetes, jangkitan, trauma dan sebagainya. Salur darah yang membesar pada bahagian testis boleh menyebabkan pengedaran darah dan haba meningkat sekali gus memberikan kesan negatif pada jumlah dan bentuk sperma.

2.Masalah dalam menghantar sperma kepada ovum

Ini selalunya terjadi kerana masalah pancutan pra-matang, ataupun pennyakit genetik seperti cystic fibrosis apabila bahagian yang mempunyai sperma dihalang ataupun kecederaan pada organ pembiakan. 

3.Terdedah kepada sesetengah bahan kimia dan toksin

Bahan kimia seperti racun serangga, radiasi, asap rokok, alkohol, marijuana dan steroid menyebabkan masalah kemandulan. Jika anda terdedah kepada haba yang tinggi seperti di sauna atau di kolam air panas juga boleh memberi kesan kepada penghasilan sperma.

4.Kerosakan akibat kanser dan rawatan kanser

Radiasi dan kemoterapi memberikan kesan kepada penghasilan sperma. Jika individu mendapat kanser testis, maka pembuangan satu testis akan memberi kesan ke atas kesuburan lelaki.

Penyebab kemandulan wanita

infertilityf

1.Keabnormalan ovulasi

Ini terjadi apabila ovari tidak menghasilkan sel zigot (ovum) pada waktunya. Contohnya dalam penyakit keabnormalan hormon seperti ploycytic ovary syndrome, dimana ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki daripada ada hormon wanita. Sedangkan untuk proses ovulasi berlaku, hormon wanita lebih banyak diperlukan.

2.Keabnormalan pada uterus atau serviks

DS00078_ MY00501_IM01586_hdg7_fibroidlocationthu_jpg

Ini merupakan masalah di mana pembukaan pada pintu uterus dan serviks tidak berlaku. Selalunya tumor akan terhasil dan menghalang tiub fallopian.

3. Menopause awal

Fenomena ini terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan ovum dan kitaran haid terhenti sebelum wanita berumur 40 tahun. Penyakit ini dikaitkan dengan masalah sistem imun, radiasi, kemoterapi dan merokok. Masalah berat badan berlebihan dan stress juga menjadi punca mandul dalam kalangan wanita.

4.Tiub fallopian tersumbat

 Blocked-Fallopian-Tubes

Ini selalunya terjadi akibat inflamasi dalam tiub fallopian. Selalunya ini terjadi kerana masalah infeksi seksual dan endometriosis.

JUMPA DOKTOR PAKAR

Male-Infertility-doctor

Bagi individu yang mempunyai masalah begini, anda tidak perlu segan. Apa yang anda boleh lakukan adalah berjumpa dengan kaunselor genetik atau mana-mana doktor sakit tuan atau doktor sakit puan untuk menangani masalah anda.

Jika anda hanya berserah dan redha tanpa mengambil apa-apa langkah dan usaha untuk mendapatkan anak, anda mungkin akan lebih kecewa. Apatah lagi jika itu merupakan punca pergaduhan anda suami isteri, yang kemudiannya bakal menjadi punca penceraian anda! Tidak salah kita tebalkan muka kerana hasilnya anda akan mendapat zuriat yang comel, yang bakal meneruskan perjuangan anda di muka bumi ini. Semoga berjaya!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;It was a beautiful cream Labrador with wide brown eyes and a long lolloping tongueI kept saying, no, it OK, to Pat, but I don even think Dennis noticed.prada handbags uk

And, please don’t turn your back on those of us living with chronic pain just because you feel like you can’t help us.portafoglio prada

Explore the prices, people and lifestyle that’s on offer.ceinture hermes homme
This will be his last year leading the National Day of Prayer event.birkin hermes
Please try again.hollister deutschland
More than 150 girls aged between six and 14 took part in a festival at the Polo Arena in Amman, capital city of the diminutive Mediterranean kingdom.michael kors purses uk
But I never in a million years, dreamed of seeing them here in the Capital Region.borsa alviero martini
Prince Philip is always questing, exploring, searching for meaning, testing ideas.mcm backpack

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply