Fesyen & Gaya Hidup

Mengapa Wanita Haid Sentiasa Lapar?

Perkongsian

weight_gain

Perubahan fisiolofi dalam tubuh wanita¬†terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi wanita iaitu estrogen dan progesteron ketika wanita mengalami ‘datang bulan’ atau ketika haid. Ramai wanita mengaku bahawa ketika mereka sedang haid selera mereka bertambah dan berat badan naik secara mendadak. Ini menyebabkan ramai wanita risau dan mengambil langkah untuk berdiet ketika mereka sedang haid. Mereka terpaksa menahan rasa lapar demi untuk kekal kurus tanpa menaikkan berat badan. Sebenarnya ini merupakan tindakan yang salah!

Jadi kami akan terangkan apakah benar tentang mitos bahawa berat badan akan naik ketika wanita haid?

1.Takungan air dalam badan

Abdominal_swelling

Ketika wanita sedang haid, biasanya berat akan bertambah disebabkan takungan air dalam badan yang dikenali sebagai edema. Tetapi anda jangan risau kerana ia adalah aktiviti metabolisme yang normal disebabkan perubahan hormon. Biasanya wanita akan menyimpan air pada bahagian badan tertentu seperti lengan dan perut. Kerana itulah berat badan wanita meningkat, kerana menyimpan lebihan air!

2.Kembung perut

095540_covver1

Selain takungan air, wanita juga akan mengalami takungan gas di dalam usus. Ia disebabkan perubahan dalam badan dan akibat sembelit yang kebiasaanya terjadi semasa kitaran haid. Peningkatan jumlah gas turut  mempengaruhi berat badan wanita ketika haid.

3.Nafsu makan

14067683711406599373Exercisetolosebellyfat

Wanita yang mengalami premenstrual syndrome atau dikenali sebagai PMS sering mengalami keinginan makanan yang tinggi yang menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak daripada kalori yang diperlukan badan, terutamanya apabila dia mengalami pendarahan yang banyak. 

4.Kekurangan gula dalam darah

89102155793
Gambar rajah menunjukkan bagaimana gula (roti) membantu meningkatkan hormon insulin.

Apabila wanita mengalami pendarahan darah yang banyak, tahap magnesium akan berkurang. Magnesium merupakan ion yang banyak ditemui dalam darah. Apabila tahap magnesium rendah, ini menyebabkan penghasilan insulin turut menjadi rendah. Apabila badan mengesan tahap insulin rendah, bermaksud badan kekurangan gula. Jadi secara automatik badan akan menghantar isyarat lapar supaya anda makan dan tahap gula dalam darah akan kembali normal. Kerana itulah wanita haid ini sentiasa lapar!

Oleh itu wanita yang sedang dalam tempoh haid perlu menjaga diet dengan baik untuk memastikan darah yang hilang diganti dengan darah baru. Penghasilan darah yang baru banyak mengambil nutrisi dan mineral dalam badan anda. Anda boleh mencuba memakan bayam atau makanan yang mempunyai ion iron yang tinggi.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply