Fesyen & Gaya Hidup Viral

Tips Pilih Kasut Sesuai dan Selesa

Perkongsian

Kasut berfungsi memberikan keselesaan selain berfungsi sebagai pelindung kaki terutamanya ketika anda melakukan kerja-kerja lasak. Pemilihan kasut yang betul sangat penting bagi panduan individu supaya anda tidak tercedera. Pemilihan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan kaki dijangkiti kulat, kematu dan menyebabkan struktur badan yang tidak stabil.

Perunding jualan kasut, Azrina Aziz berkata kasut yang sesuai penting bagi memastikan anda selesa dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Katanya, pemilihan kasut juga penting supaya selesa dan sesuai mengikut individu. Kasut yang selesa menjadikan postur badan lebih seimbang. Kasut bertumit tinggi tidak baik untuk menyokong kaki dan struktur badan. 

‘Bagi yang aktif bersukan, pastikan kasut yang anda pilih diperbuat daripada bahan yang serap peluh bagi membolehkan kaki selesa bernafas”, katanya lagi.

Berikut merupakan 10 tips untuk memilih kasut.

1. Pastikan saiz kaki anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring usia.

Fotolia_45837156_Yuri-Arcurs-624x416

2. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elakkan kasut yang terlalu besar dan longgar.

3. Jangan beli kasut kerana jenama dan harga, tetapi belilah kerana keselesaan.

branded-mens-sneakers-7tn

4. Pastikan anda mencuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.

5. Ketahui bahan kasut diperbuat daripada apa.

SimpleShoes-Materials

6. Kasut yang selesa ialah kasut cermat dan kemas dibuat, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung badan dengan stabil.

7. Pastikan kasut memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.

8. Kusyen yang baik memberi kesan berlainan.

gel_shoe_inserts_by_sj_sanders

9. Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini otot kaki mengembang. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut merupakan agenda terakhir. 

10. Jika anda membeli kasut sukan, pastikan ianya tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem sokongan kaki yang stabil.

image

Jangan lupa amalkan ketika hendak membeli kasut!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply