Inspirasi

Bahaya Kanser Servik Untuk Wanita

Perkongsian

Antara salah satu penyakit yang paling ditakuti kaum wanita diluar sana ialah kanser serviks atau barah rahim. Sebenarnya, perspektif yang mengatakan bahawa kanser rahim hanya menyerang bagi wanita yang berkahwin sahaja adalah salah kerana hakikatnya kanser rahim boleh menyerang pada sesiapa sahaja dan tanpa mengira usia. Apa yang perlu ditekankan ialah risiko besar pada wanita yang sering melakukan hubungan kelamin.

Dalam laman portal Harian Metro menyatakan, Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Jamiyah Hassan berkata, setiap wanita ada risiko mendapat kanser serviks.

” Ada yang mengatakan kanser serviks hanya menyerang manusia yang berusia emas. Pendapat itu tidak tepat kerana setiap wanita yang pernah melakukan hubungan kelamin berisiko mendapat kanser itu.

” Wanita perlu peka dengan keadaan diri mereka. Jika ada berasa sesuatu yang tidak kena, segera berjumpa doktor bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Dr Jamiyah juga menyatakan bahawa antara yang paling berisiko mendapat penyakit ini ialah wanita sering bertukar pasangan.

Mereka yang paling berusia antara usia 40 hingga 60 tahun adalah paling berisiko. Wanita yang sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan mengambik alkohol adalah lebih berisiko”, katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu.

Menurut  beliau, kanser servik tidak meninggalkan sebarang gejala atau rasa sakit pada permulaanya.

Kanser servik mempunyai pelbagai faktor seperti jangkitan kiman pappilomavirus (HPV) iaitu penyakit kelamin, kurang menjaga kebersihan alat sulit, mempunyai pasangan seks yang ramai, dan beberapa sebab lain.

Menurut kajian, barah rahim merupakan barah kedua yang paling kerap berlaku pada wanita. Dengan suntikan HPV, mereka merasakan mereka bebas dari penyakit membunuh ini tapi sebenarnya wanita juga dinasihatkan supaya melakukan pemeriksaan pap smear secara berkala sebagai inisiatif lain mengelak kanser serviks.

Kanser serviks boleh dicegah jika kita sebagai seorang wanita menjalani kehidupan yang sihat. Wanita juga dilarang untuk terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti minum arak, merokok, melakukan hubungan seks pada usia muda dan bertukar pasangan, serta kurang mengambil berat tentang kesihatan alat sulit.

Kesimpulannya, sebagai wanita anda tidak boleh memandang remeh tentang kesihatan diri. Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan jauhkan diri dari melakukan aktiviti sosial demi kesihatan diri anda. Seeloknya kita mencegah daripada kita merawat kan. Semoga diri kita terhindar dari segala penyakit yang berbahaya. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply