Cinta & Perhubungan Inspirasi

Adakah Dia Masih Isteriku/Suamiku Di Akhirat Kelak?

Perkongsian

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti pernah mengungkapkan ungkapan,

” Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat dan kekal hingga ke Jannah”

Bila dah hidup bersama, pastinya kita mahukan pasangan yang sama untuk kita di akhirat sana. Persoalannya, boleh atau tidak pasangan yang berkahwin, bertemu kembali di alam akhirat setelah mereka meninggal dunia. Menurut laman portal Aku Islam, terdapat beberapa sebab yang menghuraikan jodoh seseorang setelah berada di alam akhirat.

1. Wanita Yang Meninggal Dunia Sebelum Berkahwin.

Ianya membawa maksud wanita yang meninggal dunia sebelum dikahwinkan, Allah akan mengahwinkan mereka di syurga kelak dengan seorang lelaki yang dikalangan ahli syurga.

Rasullullah s.a.w. bersabda :

” Tiada si bujang di dalam syurga”- (HR Muslim)

Hal ini kerana, terdapat juga lelaki yang meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.

2. Wanita Yang Meninggal Dunia Setelah Diceraikan Dan Tak Berkahwin Sesudahnya.

Wanita yang diceraikan suami dan tidak berkahwin lain juga Allah akan kahwin kannya dengan lelaki yang juga dikalangan ahli syurga.

3. Wanita Yang Meninggal Dunia Tetapi Suaminya Tidak Masuk Ke Syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia namun suami tidak masuk ke syurga, Allah akan kahwin kan mereka dengan lelaki yang dalam kalangan ahli syurga.

4. Wanita Yang Meninggal Dunia Setelah Berkahwin

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita Yang Kematian Suami Dan Tidak Berkahwin Sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya juga masuk ke syurga.

6. Wanita Yang Kematian Suami Dan Berkahwin Sesudahnya

Berbeza bagi wanita yang kematian suami dan berkahwin dengan lelaki lain. Mereka akan bersama dengan lelaki yang terakhir dikahwininya didunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir itu akan menjadi suaminya di syurga andai suaminya masuk ke syurga.

Demikian lah huraian mengenai persoalan bolehkah pasangan yang sudah berkahwin bertemu kembali setelah mereka meninggal dunia. Berdoalah agar pasangan kita didunia ini akan tetap menjadi pasangan kita di syurga kelak. Amin ya rabbal alamin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply