Inspirasi

Hakikat Alam Barzakh Menurut Dr. Maza

Perkongsian

Setiap manusia yang beragama Islam wajib percaya akan adanya alam barzakh. Namun, adakah kita tahu hakikat sebenarnya apa itu alam barzakh. Menurut laman portal Dr. Maza, beliau menghuraikan segala persoalan alam barzakh dan hakikat sebenar alam barzakh. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua, insya Allah.

Hakikatnya kehidupan seseorang manusia terbina atas hubungan kita dengan makhluk lain, manusia dan alam. Setelah kita meninggal dunia, tubuh kita mungkin akan hancur menjadi tanah, namun roh kita akan bawa bersama semua kenangan tentang kehidupannya dialam ini. Roh juga akan mengingati keluarganya, sahabatnya, kediamannya bahkan apa jua yang telah dilaluinya.

Didalam al Quran ada menceritakan, tentang keadaan ahli syurga apabila mereka melihat buah-buahan disana, lalu mengingati buah-buahan yang pernah mereka makan didunia dahulu. Firman Allah swt :

” Dan berilah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata :

” Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu” ; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal didalamnya selama-lama” – (Surah al Baqarah: 25)

Sebelum akhirat bermula, setiap roh akan berada di alam barzakh. Persoalan yang sering timbul dalam kalangan manusia ialah, adakah roh itu merasa sepi di alamnya dan masih mampu kah roh menjenguk perkembangan alam duniawi, melawat kaum keluarganya, apakah roh tahu perbuatan setiap kenalannya didunia ini, dan apa perkara yang Allah izinkan untuknya.

Menurut Dr. Maza, umat Islam sendiri dilarang untuk menyakiti mayat dan antara sabda baginda :

” Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkan tulang orang hidup” (Riwayat Malik, Abu Daud, Ibn Majah dll)

Banyak hikmah mengapa kita dilarang berbuat demikian, antaranya kerana mayat itu mempunyai empunyanya yang telah pun ke alam barzakh iaitu roh. Jika kita menyakiti mayat, sama seperti kita menyakiti rohnya. Ini adalah antara tafsiran yang diberikan. Walaupun tubuh telah mati, roh akan terus hidup dengan caranya yang tersendiri.

Ahli Kubur

Nabi s.a.w. telah mengajar umatnya agar memberi salam kepada ahli kubur setiap kali kita lalu kawasan perkuburan. Terdapat riwayat yang dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain, dimana Nabi s.a.w bersabda :

” Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (simati) mengenalinya dan menjawab salamnya “

Apakah roh orang yang telah mati boleh bertemu roh orang yang hidup? Kata Ibn Qayyim :

” Apakah roh mereka yang hidup dapat bertemu dengan roh mereka yang mati? Bukti dan dalil dalam perkara ini sangat banyak, tidak dapat dihitung melainkan Allah. Perasaan dan realiti antara bukti terkuat bahawa berlakunya pertemuan roh orang hidup dan orang mati seperti mana bertemunya roh orang hidup sesama sendiri” (al-Ruh m/s 173)

Selain daripada itu, Ibn Qayyim ada mengemukakan hujah yang dimulakan dengan firman Allah :

” Allah yang mewafatkan jiwa-jiwa dari badan-badan; ketika matinya, dan ketika tidak mati semasa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan kematiannya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu memgandungi tanda tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir,” (Surah al-Zumar: 42)

Kesimpulannya bagi huraian diatas, kematian seseorang dan juga perpindahan insan ke alam barzakh sebenarnya masih mempunyai ruang untuk insan berhubung atau mengetahui kejadian yang berlaku didunia ini. Namun tetaplah dengan firman Allah swt :

” dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan lah ” Roh itu urusan dari Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu ┬ámelainkan sedikit sahaja”. (Surah al- Isra: 85)

Semoga artikel ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang alam barzakh dan tanya pada diri kita, apakah amalan kita untuk menuju ke alam barzakh. Wallahualam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply