Cinta & Perhubungan Semasa Viral

Majlis Perkahwinan, Melayu Terlalu Agungkan Adat Daripada Agama?

Perkongsian

Keratan laporan muka depan akhbar Kosmo! hari ini.

Viral ketika ini dilaman sosial apabila dua belah pihak pengantin bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri di masjid kerana pihak belah lelaki tidak menyediakan duit hantaran yang cukup seperti yang dijanjikan iaitu 15k. Pelbagai respon yang diberi oleh rata-rata netizen.

Persoalannya disini, apakah tujuan utama pasangan yang ingin berkahwin? Sekadar ingin berkahwin untuk menghalalkan hubungan atau ingin membina keluarga yang bahagaia. Apa pula yang diutamakan oleh kedua belah pihak pengantin? Majlis yang sangat grand atau majlis yang sempurna mengikut agama islam.

Apa yang menjadi isu dalam situasi yang sekarang ini apabila keluarga belah pihak perempuan meminta hantaran yang terlalu tinggi iaitu 15k daripada seorang lelaki yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Bukankah 15k hantaran yang terlalu tinggi untuk disediakan oleh pihak lelaki? Tindakan pihak perempuan yang membelasah pihak lelaki juga dilihat sangat keterlaluan memandangkan hantaran yang tinggi bukanlah syarat sah pernikahan.

Tidak ketinggalan juga perasaan simpati yang diluahkan oleh para netizen untuk pihak lelaki kerana masih sanggup mencari wang untuk hantaran walaupun tinggi. Kesilapan yang boleh kita lihat dari pihak lelaki ialah tindakannya yang dari awal telah bersetuju dan berjanji menyediakan wang hantaran yang tinggi itu demi si wanita. Kalau benar tidak mampu untuk menyediakan 15k, sepatutnya dari awal dia boleh menolak atau mungkin boleh berbincang dengan pihak perempuan untuk mengurangkan hantaran tersebut. Mungkin kerana sayang dan cinta terhadap wanita, pihak lelaki sanggup walaupun tinggi hantarannya. Namun, ini lah yang dikatakan sebagai asbab mereka tidak jadi berkahwin. Manusia merancang, Tuhan yang menentukan.

Dalam masa yang sama, isu ini telah menampakkkan bahawa masyarakat Melayu sebenarnya lebih mementingkan perkara yang tidak penting daripada perkara yang lebih utama dan sekaligus melanggar syarat-syarat utama untuk berkahwin dalam Islam. Islam yang mengajar bahawa perkahwinan itu mudah dan ringkas.

Melalui akhbar Kosmo, permintaan pihak lelaki untuk memberi hantaran sebanyak RM7,500 telah ditolak oleh pihak perempuan dan terpaksa mengalah dengan permintaan pihak perempuan yang meminta hantaran sebanyak RM15, 000. Melalui persetujuan itu juga mempunyai syarat iaitu RM10 ribu dibayar secara ansurans oleh pihak lelaki dan baki RM5 ribu dibayar selepas majlis perkahwinan.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Pantai Dalam menjadi kecoh apabila pihak lelaki dan pihak perempuan bergaduh setelah pihak perempuan menuntut baki duit hantaran sebanyak RM5 ribu dibayar sebelum majlis akad nikah bermula.

Melalui khabar angin yang tersebar juga menceritakan pergaduhan bermula setelah ada pihak lelaki yang bersikap biadab setelah ditanya pasal wang hantaran.

Penjelasan Dari Pihak Wanita

Kesimpulannya daripada kes ini, kita hendaklah memudahkan seperti mudahnya ajaran Islam. Utamakan mana yang utama seperti akad nikah dan mas kahwin. Andai ada pasangan diluar sana yang ingin berkahwin, usahalah bersama-sama untuk membina masjid.

Apa yang kita bawakan dalam perkahwinan ialah syarat dalam islam dan bukan adat melayu. Bukan tidak boleh dibuat dengan adat, tapi jangan lah sampai adat melayu lebih diutamakan daripada syarat islam. Apabila adat yang diutamakan. perkara ini lah yang terjadi.

Duit hantaran bukan bermakna pihak lelaki saja yang perlu sediakan, jika benar ingin hidup bersama lelaki yang bergelar suami pada diri anda, bantu lah dia bersama untuk mencari atau mengumpul duit. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sering memudahkan. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply