Semasa Viral

Wang Hantaran tak cukup!! Pengantin lelaki ditumbuk

Perkongsian

Entah apa yang terjadi di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Damai semalam. Pihak pengantin perempuan yang merupakan ahli keluarga telah menumbuk pengantin lelaki kerana didapati gagal membayar baki RM 5 ribu daripada RM 15 ribu wang hantaran. Sebelum hal itu terjadi, pihak lelaki ingin meninggalkan majlis setelah pihak perempuan enggan meneruskan majlis akad nikah tersebut.

Pihak perempuan dikatakan tidak berpuas hati kerana pihak pengantin lelaki dikatakan gagal membayar sebanyak RM 15 ribu tersebut sebelum majlis akad nikah itu diadakan sebagaimana janji sewaktu Majlis merisik pada Januari lepas.

Walaubagaimanapun, usaha pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM 1,500 telah membayar secara ansuran wang hantaran yang meliputi RM 10,000 tidak menidakkan pihak perempuan mengutip bakinya sebanyak RM 5 ribu. Pihak lelaki juga pernah menawar harga tersebut setanding pendapatannya sebanyak RM 7,500 namun tidak dipersetujui oleh pihak wanita tersebut. Maka atas faktor keinginan menjadikan wanita tersebut sebagai isteri secara sah, pihak pengantin lelaki dikatakan telah bersetuju dengan jumlah RM 15,000 tersebut dan pembayaran Rm 5 ribu lagi akan dilakukan selepas akad nikah dilangsungkan semalam.

Sumber KOSMO
Sumber KOSMO

Kejadian memaki-hamun antara kedua-dua pihak menambah kekacauan suasana selepas majlis itu berakhir dan para hadirin yang pada awalnya ingin memeriahkan majlis menjadi penonton kepada riuhnya suasana pada petang itu. Kes ini dilaporkan dalam media rasmi KOSMO Online.

Nikah dalam Islam
Nikah dalam Islam

Situasi ekonomi yang mendesak sewajarnya menimbulkan empati terhadap golongan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan secara sah disisi agama. Cukup-cukup lah dengan wang hantaran yang melambung tinggi berbanding kes pembuangan bayi  dan zina yang semakin meningkat. Agama Islam menyarankan pihak lelaki memberi mas kahwin bukannya mewajibkan pemberian wang hantaran sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisa ayat 4.

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah An-Nisa’: 4)

Diharap kita dapat memikirkan semula pandangan kita berkenaan wang hantaran ini dengan sewajarnya. Orang lelaki pun gerun nak pinang anak orang-orang high demand ne !!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply