Semasa Sukan

Pasukan “bola beracun” Malaysia ke peringkat dunia

Perkongsian

Sebagaimana paintball dan futsal mula diperkenalkan di Malaysia, permainan ini juga memerlukan masa untuk menjadi popular dan digemari oleh masyarakat terutama belia-belia. Begitu juga Dodgeball yang amat mudah dimainkan jika diketahui tekniknya kerana ia boleh dikaitkan seperti permainan sukan rakyat iaitu ‘bola beracun’ atau ‘bola chap’.

Jika di Amerika Syarikat dan Kanada, permainan ini cukup popular dikalangan pelajar universiti sebagai aktiviti menguji tahap kecekapan diri.

Dodgeball merupakan permainan yang mempunyai 6 pemain bagi setiap pasukan dan hanya 2 pasukan yang terlibat bagi satu-satu perlawanan dengan 12 pemain. Permainan ini memerlukan 6 biji bola, peraturan, garisan dan padang atau gelanggang yang mempunyai keluasan biasa seperti gelanggang futsal sebagai keperluan asas permainan.

Pasukan daripada Persatuan Dodgeball Malaysia membuat latihan di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya

Cara permainannya agak mudah dimana satu pihak perlu melontar sejenis bola yang direka menggunakan getah yang lembut ke arah pihak lawan.

Apabila wisel ditiup oleh juri bahagian tengah, tiga orang wakil setiap pasukan akan berlari ke garisan tengah bagi mendapatkan bola untuk dibalingkan ke pihak lawan.

Pemain di barisan belakang perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘mematikan’ pihak lawan dengan lontaran bola iaitu sebanyak enam biji bola.

Malaysia turut menghantar penyertaan pasukan dodgeball wanita

Strategi pandai ‘mencelah’ dan mengelak penting bagi terkena balingan bola pihak lawan atau jika bola tersebut terkena tubuh badan, maka pemain tersebut perlu berundur dan keluar gelanggang.

Namun begitu, perlawanan tersebut tidak berakhir selagi masih ada pemain di kedua-dua belah pihak.

Perlawanan yang boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan ini diteruskan lagi dan ketika jumlah pemain semakin berkurangan, pemain terakhir perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan rakan-rakan sepasukan yang sudah ‘mati’.

Dengan cubaan menangkap balingan bola yang dilontarkan pihak lawan tanpa bola tersebut jatuh ke tanah atau gelanggang, ini bermakna seorang pemain yang tersingkir pada permulaan perlawanan dapat masuk semula bagi meneruskan perjuangan.

Latihan melontar dan menangkap bola dengan lebih cekap oleh Pasukan Dodgeball Malaysia

Sebenarnya, permainan ini sudah lama diperkenalkan di Malaysia tapi hanya diperingkat kampung, negeri atau universiti tertentu sahaja yang mengambil inisiatif untuk mengaktifkannya.

Latihan berterusan bagi menghadapi cabaran peringkat dunia

Tetapi, hari ini dodgeball yang bertapak di Malaysia sudah mempunyai beberapa kelab sendiri dan dengan kewujudan Pasukan Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) ia telah membawa negara untuk melangkah lebih jauh dalam permainan ini dengan mewakili negara ke perlawanan antarabangsa iaitu World Dodgeball Championships 2016 yang akan berlangsung di Manchester, England pada April ini.

Pengurus Pasukan Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF), Nozieka Faisal (kiri) dan Ketua Pasukan Wanita Dodgeball Malaysia (MDF), Norazleen Naquiah

Menggunakan #roadtomanchester kita sama-sama doakan pasukan Dodgeball Malaysia berjaya membawa pulang sesuatu yang boleh dibanggakan.

Gambar : NSTP

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply