Fesyen & Gaya Hidup Semasa Viral

10 Sunnah Rasullulah S.A.W Sebelum Tidur!

Perkongsian

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja ketika berpuasa, ketika bermusafir, ketika menimba ilmu. Bahkan dari sekecil-kecil perkara seperti sebelum tidur juga mempunyai sunnah yang tersendiri. Jika anda tahu akan sunnah Rasullulah S.A.W. sebelum tidur, pasti lebih baik jika anda amalkan kerana tidur merupakan mati sementara, sekurang-kurangnya jika ditakdirkan kita akan meninggal dunia, kita meninggal dunia dalam keadaan melakukan sunnah Rasulullah S.A.W. Betapa kita sayangkan dirinya sehingga sebelum kita hendak tidur pun kita masih melakukan perbuatan yang baginda lakukan sebelum tidur!

Di sini kami kongsikan 10 sunnah yang Nabi Muhammad S.A.W lakukan sebelum beliau tidur:

1.Berwuduk

12256653_1625840431014773_817795799_n

Jika anda dalam keadaan berwudhuk, malaikat akan berada bersama anda ketika anda sedang tidur. Malaikat akan mendoakan supaya dosa anda diampunkan memandangkan anda tidur dalam keadaan bersuci.

2.Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan

05-sleep-on-right

Kita dapat lihat betapa posisi leher mempengaruhi keselesaan tidur seseorang. Selain digunakan untuk makan, tangan juga direka khas untuk menjadi pengganti bantal. Maha suci Allah menjadikan tapak tangan apabila diletakkan pada pipi maka akan tercipta garisan lurus pada bahagian kepala, leher dan punggung.

3.Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali

hqdefault

Jangan lupa untuk bertahmid ‘Alhamdulilah’ sebanyak 33 kali, bertasbih ‘SubhnaAllah’ sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 34 kali.

4. Mengibas tilam sebelum tidur

6a9faa83e6c2c8ec9b128b40527bd564

Tempat tidur anda berkemungkinan mempunyai habuk dan hama. Dengan membersihkan cadar, diharapkan segala debu dan hama akan hilang dan anda tidak akan mendapat apa-apa kemudaratan.

5.Tidur di sebelah kanan menghadap kiblat

e950a8ed3dfceeef0271ae4ac958f1a0

Rasullulah mengamalkan posisi tidur di sebelah kanan yang mampu menjaga jantung, paru-paru dan pernafasan. Tidur pada posisi kiri boleh membahayakan organ hati di sekitar perut. Toksin akan dibawa ke hati untuk dibuang dan ini boleh menyebabkan bahan toksin beralih ke bahagian perut.

6. Tidur dengan niat untuk bangun bertahajjud

Tahajjud_Quran-Verse

Pastikan anda mengejar pahala tahajjud dengan sentiasa mempunyai niat untuk mengerjakan solat sunat waktu malam itu.

7. Beristigfar 3 kali

2bddab13db5083143fc6f0c74f937504

Beristigfar mampu memgurangkan dosa yang anda lakukan. Mintalah keampunan daripada Allah S.A.W. sebelum anda tidur!

8. Jangan tidur dalam keadaan meniarap

sleep-worst-stomach

Keadaan meniarap mengundangkan pelbagai kesan buruk kepada badan termasuklah masalah sakit belakang, sakit tengkuk dan boleh melemaskan. Bagi wanita pula, kesan buruk tidur dalam keadaan meniarap adalah boleh mengedurkan payudara.

9. Membaca Surah yang diingati atau Surah Mulk dan Sajdah

4707c393c8670443825b309fcf4a1353

Bacalah Surah Al Mulk setiap malam dan Allah akan melindungi anda daripada seksa kubur. Kita tidak pasti bilakah kita akan meninggal dunia. Jika kita meninggal dunia dalam keadaan tidur, InsyaAllah kita akan terlepas seksaan kubur.

10. Membaca 3 Qul

2d80b16da49d42f3b632bd65e2a44f61

Bacalah 3 Surah Qul ini sambil menadah tangan. Selepas itu sapukan pada seluruh bahagian badan. InsyaAllah anda akan terpelihara daripada gangguan makhluk halus.

Jangan lupakan untuk mengamalkan 10 sunnah Rasullulah sebelum tidur!

“Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki” (Surah Al-Furqaan:47)

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply