Bisnes Inspirasi Semasa Viral

16 Tips Supaya Anda Lebih Kaya Daripada Pelajar yang Lain!

Perkongsian

surat pinjam duit tabung masjid

Baru-baru kita digemparkan dengan kisah dimana seorang pelajar di sebuah universiti awam kekurangan wang sehingga terpaksa meminjam duit tabung masjid. Untuk pelajar terutamanya pelajar universiti, di sini kami kongsikan sedikit tips yang boleh membantu anda berjimat cermat dengan mudah!

1. Masak Sendiri

Ya, masak sendiri tidak kiralah anda lelaki atau pun wanita. Jika anda tiada masa untuk memasak ikan patin masak  tempoyak, gulai ayam atau kari kepala ikan, tidak mengapa! Anda dibenarkan membeli lauk di cafe tetapi apa kata anda cuba masak nasi?

1 kapit beras 5 kg berharga RM13. Dan untuk 1 semester selama 6 bulan sudah lebih mencukupi untuk 5 kg beras! Jika anda makan nasi 2 kali sehari dan nasi berharga RM1 sekali makan, dalam sehari anda terpaksa membelanjakan RM2 dan untuk sebulan RM60, jika untuk 1 semester (6bulan)? RM360!

Sedangkan anda boleh cuba memasak nasi dengan hanya membeli beras 5 kg untuk 6 bulan dengan hanya RM13 sahaja! Jangan tanya kenapa peniaga makanan sangat kaya. 

2. Catu Wang Anda per Hari

Jika dalam keadaan darurat bukan makanan sahaja yang perlu dicatu, tetapi wang juga. Tanamkan diri anda untuk menentukan berapa maximum yang anda boleh belanja dalam sebulan dan per sehari.

Contoh anda hadkan RM300/bulan, jadi anda boleh memaksimumkan wang belanja anda per hari sebanyak RM10/hari. Cuba jangan untuk melanggarnya kecuali jika anda benar-benar perlu gunakan untuk aktiviti lain seperti membayar yuran atau wang fotostat kertas kerja anda.

3. Kerja Part Time

Pelajar dan kerja part time memang berpisah tiada. Kebanyakkan kedai berhampiran universiti akan mengambil peluang untuk mengupah pelajar kerana bagi mereka upah pelajar lebih murah dan kerana mereka daripada golongan berpelajaran, maka kerja mereka selalunya lebih efektif dan kemas. Anda boleh cuba memohon kerja di cafe kolej atau fakulti anda.

Kami sarankan bekerja di cafe kolej kerana selalunya anda akan mendapat gaji, makanan percuma dan sudah tentu dekat dengan kolej penginapan anda.

4. Plilih Bilik Double

06

Selalunya di kolej penginapan, pelajar boleh memilih untuk memohon bilik secara single atau double. Secara logiknya bilik single akan dikenakan yuran kolej yang lebih tinggi, jadi anda boleh memilih untuk bilik double. Jangan lupa elakkan rumah sewa kerana kosnya agak tinggi.

5. Jangan Bawa Pengangkutan

471656528

Pengangkutan sama ada kereta atau pun motorsikal menjadi kegemaran buat pelajar universiti. Seperti yang kita tahu membawa kenderaan memang akan menambahkan beban pelajar. Mereka terpaksa membelanjakan wang untuk duit minyak selain menjadi ‘tumpuan’ pelajar lain yang ingin meminjam atau menumpang kereta tanpa menghulurkan wang. Di universiti juga pihak keselamatan kerap memberi saman ‘sayang’ kepada pelajar. Jika anda disaman kerana parkir kereta ditempat yang salah atau tiada sticker universiti, maka akan terbanglah RM50 anda. Jadi elakkan membawa pengangkutan jika ianya tidaklah menjadi keperluan!

6. Join Persatuan yang Beri Elaun

Pengambilan Jawatan Inspektor PDRM Dikalangan Kor Suksis - 23 Januari 2015

Di universiti ada persatuan yang dikenali sebagai KOR Sukarelawan Polis Siswa/i (SUKSIS) dan PALAPES yang memberikan elaun bulanan kepada pelajarnya. Persatuan ini selain memberikan elaun ia juga merupakan antara kredit yang akan masuk dalam CGPA anda, jadi anda akan dapat 2 dalam 1! Bahkan jika anda memasuki SUKSIS dan  berminat untuk memasuki PDRM selepas tamat pengajian, anda boleh memohon dan akan diberi keutamaan!

7. Turutkan Keperluan, Bukan Kemahuan

Want-What-You-Need

Elakkan berbelanja untuk benda-benda yang tidak menjadi keperluan anda. Kebanyakkan wanita di universiti suka membelanjakan wang untuk pakaian dan barang perhiasaan supaya nampak bergaya dan cantik,

tetapi apa guna bergaya jika hanya dimata bukan di poket?

Sesetengah pelajar juga suka membelanja untuk gadjet-gadjet yang mahal sedangkan harga gadjet sebenarnya semakin menurun dan ia bukanlah satu pelaburan yang baik!

8. Basuh Pakaian Sendiri

Basuh pakaian sendiri disini bukan bermaksud sebelum ini kawan anda yang membasuhkan baju untuk anda. Maksud disini adalah elakkan membasuh pakaian menggunakan mesin basuh atau ke kedai dobi. Setiap kali anda membasuh pakaian anda akan mengeluarkan RM2 untuk sekali basuhan, sama juga seperti dobi. Pakaian yang dicuci menggunakan tangan dengan cara memberus adalah lebih bersih daripada menggunakan mesin basuh. Tidak percaya? Lihat kolar baju kemeja anda!

9. Beli Buku Terpakai

143071595

Jika buku yang anda mahu tiada di library universiti, anda boleh cuba bertanya senior kos anda sama ada dia ingin menjual buku lamanya kepada anda dengan harga murah, pasti anda lebih untung! Jika membeli buku adalah terlalu kos bagi anda, apa kata anda fotostat sahaja buku itu tetapi jangan sampai terkantoi pula nanti!

10. Elakkan Mempunyai Pasangan

no-couple-1-500x345

Pasangan yang bercinta di universiti akan banyak meluang masa dengan berdating. Aktiviti dating itu menggunakan wang dan disitu anda kehilangan wang yang banyak. Alangkah baik jika wang itu anda simpan untuk majlis perkahwinan anda nanti supaya makin cepat anda dan dia di ijab qabulkan. 

11. Guna Kad Pelajar

kad-diskaun-siswa-1-malaysia

Semua pelajar di institusi pengajian tinggi akan mendapat kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. Tahukah anda kad Mahasiswa itu boleh digunakan untuk aktiviti seharian seperti LRT, KLIA Ekspress, KFC dan sebagainya. Dapatkan promosi dan berjimatlah dengan hak anda!

12. Jimatkan Kredit Telefon 

Anda boleh hadkan kerdit RM30 sahaja bagi telefon bimbit anda untuk sebulan. Anda boleh melanggan Prepaid MAGIC Sim daripada Celcom ataupun Save Plan daripada UMobile. Elakkan topup dengan banyak kerana bimbang bajet bulanan anda akan lari!

13. Simpan Duit

hasil-kumpul-duit-mengikut-hari-dan-warna-sebanyak-rm5580-wishlist-2016

Apa kata anda simpan duit anda setiap bulan? Anda boleh menyimpan dengan cara menabung semua syiling yang ada dalam beg dompet anda setiap hari atau dengan cara menyimpan duit mengikut warna. Contoh anda boleh mencuba dengan menyimpan RM5. Setiap kali dalam dompet anda ada RM5, anda perlulah masukkan wang tersebut ke dalam tabung. Apa kata anda cuba dulu dan lihat hasilnya!

14. Lakukan Perlaburan

minimum-wage-increase

Anda boleh lakukan pelaburan dengan agensi-agensi yang berdaftar seperti ASB atau Tabung Haji. Elakkan menyertai perniagaan MLM kerana ianya amat meragukan dan keuntungan tidak boleh dijanjikan. Siapa kata berumur 30 tahun baru cukup matang untuk melakukan pelaburan? Gunalah wang simpanan anda untuk melabur di ASB. Jangan terkejut jika wang anda di tahun akhir nanti  boleh membayar wang pinjaman pelajaran anda atau anda boleh terus kahwin menggunakan wang tersebut!

15. Jadi Research Assistant (RA)

1

Anda boleh memilih untuk melibatkan diri sebagai research assistant. Selalunya elaun untuk research assistant adalah mengikut tahap pendidikan dan selalunya pelajar PHD mempunyai elaun yang paling tinggi. 

16.  Bisnes 

161

Kebanyakkan pelajar di universiti akan mempunyai printer sendiri untuk kemudahan harian. Apa kata anda beli sebuah printer dengan harga yang murah dan pastikan ink yang digunakan juga adalah jenis murah. Kemudian anda fotostat iklan bisnes fotostat dan tampal pada notis di kolej anda. Anda juga boleh menjual topup dan war-warkan pada pelajar lain. Jika pelajar tersebut memerlukan topup pada waktu malam sudah tentu bilik anda akan diketuknya! Pelajar juga selalunya akan berasa sangat malas untuk turun ke cafe kerana menyiapkan kertas kerja. Apa kata anda buat roti sosej atau sandwich kemudian jual dari pintu ke pintu? Mesti wang akan terbang ke arah anda!

Berjimatlah supaya ia menjamin kewangan tanpa kita perlu meminta dan meminjam daripada kawan-kawan, keluarga terutamanya ibu bapa. Kita belajar bukan untuk menyusahkan orang lain, tapi ingin menyenangkan kedua-dua ibu bapa. Jadilah pelajar yang bukan sahaja bijak dalam belajar, tetapi bijak mengurus wang tanpa menyusahkan orang lain!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;Works are scheduled to start this summerDevant son expresso, le jeune dirigeant parle d’une voix tranquille, sereine.mulberry outlet online uk
A talented but still developing pacers team that nearly won game one on miami’s court.michael kors boots uk

Apparently Tiger asked Jaimee to change her voicemail message so that her name wasn on it.mcm bookbag
Reed formed the Faith and Freedom Coalition and began assembling what he calls the largest ever database of reliably conservative religious voters.bague hermes

Teh Acer Aspire 7600U comes pre loaded with a record breaking amount of crapware

Windows 8Unfortunately, Microsoft efforts to purge the Windows ecosystem of bundled crapware were too little too late when it came to Windows 8.mcm handbags
Judge John Hodge the judge who initially found Brown guilty in April 2012 denied that request.cheap ray ban glasses

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply