Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

9 Cara Mudah Membina Khusyuk dalam Solat

Perkongsian

Solat merupakan salah satu ibadah yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Ia juga diumpamakan seperti tiang dalam bangunan, jika tiada tiang maka bagaimanakah sebuah bangunan boleh didirikan? Bagaimana ingin memasang tingkap dan pintu jika tiada tiang yang akan menampung atap? Begitulah solat dalam kehidupan muslim, umpama tiang dalam bangunan, tanpanya pasti rumah akan runtuh dan tidak sempurna. Jika tidak solat, tidak sempurna iman seseorang muslim itu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

”Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

Tetapi jika seorang muslim solat, tapi jika tidak khusyuk? Untuk apa solat itu? Bolehkah solat itu membantu dirinya untuk menjauhi perkara keji, mungkar dan maksiat? Umpama anda berada dalam masjid untuk mendengar ceramah, tetapi anda sibuk melayari media sosial seperti Facebook, Twitter tanpa mendengar ceramah. Anda tidak akan mendapat manfaat solat itu seperti mana anda tidak mendapat pengetahuan daripada ceramah tersebut.

Jadi di sini kami kongsikan 9 tips untuk khusyuk dalam solat.

1. Jangan bertangguh

Latih diri anda untuk sembahyang di awal waktu. Kajian menunjukkan orang yang solat pada awal waktu akan lebih menepati masa dalam kehidupan seharian berbanding orang yang solat pada akhir waktu. Tidak salah jika anda ke masjid 15 minit awal sambil menunggu masuk waktu, atau paling tidak pun anda memuat turun aplikasi solat yang boleh mengingatkan anda 15 minit sebelum waktu solat masuk. Solat di awal dan akhir waktu memberikan rasa khusyuk yang berbeza kepada individu.

2. Bersedia Sebaiknya

Seperti anda ingin menghadiri majlis makan malam, anda akan berpakaian cantik, kemas dan bersedia untuk ke acara tersebut kerana anda tahu anda sudah bersedia dan yakin dengan personaliti anda. Begitu juga dengan solat. Apa kata anda sediakan pakaian solat yang selesa untuk anda gunakan supaya anda lebih khusyuk dalam solat?

3. Kurangkan gangguan luar

electrode-clipart-taber_No_Cell_Phones_Allowed_Vector_Clipart

Jika anda hendak bersolat, elakkan membawa telefon bimbit anda sekali kerana risau ianya akan menggangu kekhusyukkan anda. Sedang anda sedang solat, terdengar nada dering nyanyian Ziana Zain daripada telefon anda. Anda akan mula berfikir siapa yang menelefon? Hal mustahak kah? Jadi itu akan menggangu kekhusyukan anda. Apabila perkara sedemikian berlaku di kawasan umum seperti masjid, itu boleh menganggu muslim yang lain pula.

4. Perbaharui niat

Setiap kali anda hendak solat, perbaharui lah niat anda. Janganlah solat kerana anda terpaksa. Niatkan dalam hati anda solat kerana Allah. Kerana anda ingin menunjukkan kepada Allah bahawa anda hanya menyembah-Nya, anda ingin menunjukkan terima kasih kepada-Nya atas nikmat kesihatan, nikmat tubuh badan, nikmat bahagia yang anda peroleh daripada-Nya. Niat lah kerana khusyuk itu sebenarnya datang daripada hati, kemudian dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Mudah kan untuk mendapat kekhusyukan?

5. Hormati gerakan dalam solat

Jangan tergesa-gesa dalam solat. Ambillah masa yang secukupnya. Bacalah AlFatihah dengan makhraj yang betul tanpa perlu laju. Janganlah ketika sujud anda cepat-cepat duduk antara dua sujud. Apa kata anda lamakan sedikit tempoh sujud kerana kajian mendapati ketika seorang muslim bersujud, darah akan mengalir ke bahagian otak manusia yang susah dicapai apabila anda sedang berdiri dan duduk. Jika anda menghormati pergerakan dalam solat, insyaAllah anda akan merasakan lebih khusyuk!

6. Fokus interaksi dengan Allah

download

Apa kata ketika anda solat, cuba solat dalam keadaan anda sedang berinteraksi dengan Allah? InsyaAllah solat anda akan lebih khusyuk kerana mana mungkin anda tidak khusyuk ketika memikirkan anda sedang bercakap dengan pencipta anda!

7. Ingat mati

keep-calm-and-remember-you-will-die

Cuba anda bayangkan ini adalah solat terakhir anda sebelum anda meninggal? Adakah anda akan main-main dan tidak khusyuk? Tidak bukan? Ingatlah mati dan ia akan melahirkan rasa khusyuk dalam diri anda untuk solat dengan sempurna.

8. Tahu apa yang dibaca

Apa kata anda cuba meluangkan masa selama seminggu untuk menghafal bacaan dalam solat? Hafal maksud bacaan doa iftitah dan Al fatihah. Jika anda tahu apa yang sedang anda baca, anda akan lebih khusyuk berbanding hanya menghafal sahaja!

9. Berzikir selepas solat

zikir

Siapa bagitahu khusyuk dalam solat hanya boleh dikecapi sebelum solat? Selepas solat juga anda boleh mendapatkan kekhusyukan solat itu. Cubalah berzikir dan anda akan merasai kekhusyukkan nya!

Jangan lupa amalkan dan semoga nikmat khusyuk dalam solat milik anda!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;You can’t dot a “y” with a little heart on top”Health care planners” are those who work on health care system preparedness for an influenza pandemic for the Ministry of Health at the provincial/territorial level.hogan outlet online
like his opening round of 64, his second round was without much stress _ it even included one unlikely birdie.mcm bookbags

Michael Bennett (72) and Jimmy Graham (80) jaw at each other during the Seahawks’ victory over the Saints on Dec.timberland boots uk
But I had some God given detriments, mainly that I was emotionally immature, insecure and I had a predisposition to instant gratification.mulberry handbags uk

Kayla Mueller had traveled to Syria to help children caught in the middle of the nation’s bloody civil war.cheap ray ban sunglasses
mcm sale

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply