Fesyen & Gaya Hidup Viral

Rumah Bersadur Emas Untuk Dijual!

Perkongsian

Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap orang. Apatah lagi memiliki rumah besar yang dipenuhi perabot mahal. Namun begitu, semuanya bergantung kepada kemampuan setiap orang. Jika ikutkan kehendak, semuanya nak yang mewah, menarik, besar, mahal dan terkini, tapi bolehkah di Malaysia apa lagi di luar negara untuk memiliki rumah mewah dari jenis manapun yang dipenuhi perabot dengan harga bawah RM500,000?

Jika anda berkemampuan dan mempunyai citarasa mewah, tersangat mewah, bolehlah mencuba nasib untuk membeli dan memiliki sebuah pangsapuri di Moscow. Rumah dari jenis pangsapuri tapi mewah? Bukan setakat mewah tapi tersangat mewah!

Apakah yang menyebabkan pangsapuri itu berada di dalam kategori tersangat mewah?

Sebenarnya kemewahan pada satu unit pangsapuri yang terletak di bandar Magadan, Moscow ini telahpun mendapat perhatian ramai. Ia telah dibina dengan dinding serta tandas bersadur emas! Wow!

image
Tempat duduk tandas dan dinding disadur emas

Namun, pemilik pangsapuri tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan dan sentiasa mengelilingi dunia juga merupakan pencinta seni halus, mahu menjual pangsapuri yang berada di tingkat dua sebuah bangunan empat tingkat itu dengan harga serendah 6.5 juga roubles iaitu RM383, 793!

Murahkan? Kurang RM500,000 sahaja nilaian yang diberikan oleh pemilik pangsapuri unik ini. Bukan setakat seunit pangsapuri tetapi cukup lengkap dengan perabot yang hampir kesemuanya dari luar negara, unik dan mahal.

Antara ciri-ciri menarik kediaman tersebut adalah saduran emas pada tempat duduk tandas, sinki serta perabot-perabotnya yang unik dan antik.

Walau jika dibandingkan ciri-ciri kediaman yang terletak di wilayah Magadan Oblast, timur laut Rusia itu dan harga yang ditawarkan ia sudah lebih daripada murah, namun terdapat pihak yang menganggap harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Anggapan itu adalah kerana jika ia dilihat kepada keadaan ekonomi serta lokasi kediaman tersebut yang berdekatan dengan sebuah penjara besar dan tidak mempunyai ramai penduduk.

image
Perabot yang unik dan dinding disadur emas

Kalau hati dah berkenan, berkemampuan pula, tinggi atau rendah harga yang diberikan sudah tidak menjadi isu besar. Cuma ada sedikit cetusan perbincangan dan reaksi dikalangan pengguna laman sosial yang menyifatkan kediaman tersebut sebagai aneh dan menakutkan.

Aneh kerana hiasan yang tidak pernah dibuat orang biasa atau menakutkan kerana saduran emas yang boleh menarik minat perompak? Apapun reaksi dan tanggapan, fikir-fikirkanlah dan periksa lebih teliti sebelum membeli sesuatu aset.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply