Uncategorised

Sebab Mengapa Tidak Boleh Memaksa Pelajar Melakukan ‘Homework’

Perkongsian

Artikel ini pasti menjadi pilihan anak-anak yang masih bersekolah kerana menyokong kuat bukti bahawa menyatakan homework atau kerja rumah bukan merupakan salah satu kaedah yang baik dalam pembelajaran anak-anak. Tetapi artikel ini hanya untuk kanak-kanak dibawah umur 11 tahun sahaja.  Ibubapa zaman kini kerap menasihati dan berleter kepada anak-anak berusia 11 tahun ke bawah untuk dia melakukan kerja rumah supaya prestasinya meningkat supaya anda sebagai ibubapa boleh merasa bangga dengannya. Tapi tahukah anda ada beberapa sebab yang menyokong bahawa kerja rumah bukanlah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan kefahaman anak-anak yang masih muda ini. 

Sebab No. 1

detention

Kajian komperesif yang telah dijalankan oleh seorang neurosaintis daripada Universiti Duke, Harris Cooper mendapati bahawa manfaat kerja rumah sebenarnya boleh diperolehi berdasarkan umur pelajar. Bagi pelajar sekolah tinggi, manfaat boleh diperolehi jika kerja rumah dilakukan di bawah 2 jam untuk setiap malam. Jika pelajar sekolah rendah, pasti lebih kurang bukan?

Sebab No. 2

Little, angry girl standing in front of blackboard with crossed arms. Looking at camera. Front view

Kebanyakkan pelajar berusia 11 tahun ke bawah suka melakukan aktiviti lain seperti bermain bola dan sebagainya. Kehadiran kerja rumah yang terpaksa disiapkan menyebabkan ramai pelajar terpaksa memendam hasrat untuk bermain dan terpaksa menyiapkan kerja rumah mereka. Kajian yang didapati daripada kajian terdahulu mengenai kerja rumah menunjukkan kerja rumah yang diberikan kepada pelajar yang muda menyebabkan mereka menanam satu pandangan negatif terhadap sekolah. Ini menyebabkan mereka malas untuk hadir dan sekaligus menjauhkan mereka daripada sekolah.

Perkara ini disedari oleh pengetua sekolah rendah New York’s City P.S. 116 apabila beliau memansuhkan kerja rumah dan mengalakkan aktiviti pembacaan dalam kalangan keluarga. Sekolah swasta daripada Maryland sehingga ke Michigan berbuat perkara yang sama, iaitu dengan memansuhkan kerja rumah dikalangan pelajar sekolah rendah ataupun menjadikan kerja rumah sebagai satu pilihan.

Individu yang percaya mengenai kerja rumah boleh membantu pelajar menyatakan bahawa kerja rumah boleh membantu meningkatkan soft skills dan pelajar akan mempunyai habit belajar yang bagus. Bagi pelajar yang muda, mereka jarang boleh mengendalikan kemahiran pengurusan masa dengan baik atau emosi mereka sendiri, jadi tanggungjawab tersebut selalunya dijalankan oleh ibu bapa. Jadi apakah keperluan soft skills di sini?

Tetapi pelajar yang berusia 11 tahun ke atas boleh diberikan kerja rumah memandangkan mereka perlu diasuh selama setahun atau lebih untuk melakukan kerja rumah. Apabila mereka berusia 12 tahun dan ke atas mereka tidak perlu diingatkan kerana mereka sudah terbiasa melakukan kerja rumah.

 Sebab No. 3

homework

Jika ibubapa ingin anak-anak mempunyai memori dan fokus yang baik, bukanlah melalui kerja rumah, tetapi tidur! The National Sleep Foundation melaporkan bahawa kebanyakan pelajar yang tidak cemerlang adalah daripada pelajar yang kurang tidur akibat menyiapkan kerja rumah.

Sebagai ibubapa, anda perlu mencari fakta yang betul berdasarkan penyelidikan tentang pelajaran untuk anak-anak. Jika ibubapa dan guru memainkan peranan yang penting tentang perkara ini, anak anda akan lebih proaktif dan berjaya dalam pelajaran.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply