Cinta & Perhubungan Inspirasi

Jangan terlalu mudah ungkap cerai

Perkongsian

Pasangan zaman kini amat mudah mengungkapkan perkataan cerai. Asal gaduh, ada saja pertelingkahan walaupun perkara kecil, ucapan “ceraikan saya” akan terkeluar dari mulut.

Mudahkan? Ucapan cerai keluar tanpa memikirkan masa depan. Mengapa ini terjadi?

Tidak dapat dinafikan wanita masa kini memang lebih tinggi pendidikan akademiknya, lebih berwawasan dan juga lebih berdikari termasuklah dalam aspek kewangan.

Selain daripada sudut ekonomi wanita yang semakin kukuh, batasan peranan dalam sesebuah rumah tangga juga sudah tiada. Tiada lagi stigma lelaki pencari nafkah dan wanita mengurus rumah tangga. Sekarang ini, sama-sama mencari nafkah kerana itulah sekiranya bercerai mereka yakin mampu menguruskan diri dan juga anak mereka.

image

Dalam pada itu penceraian makin mudah berlaku dan meningkat kerana ramai pasangan muda-mudi masa kini yang kurang memahami maksud sebenar hidup berkeluarga.

Pakar psikologi dari Amerika Syarikat, S.K Geiss dan K.D. O’Leary telah memuatkan hasil kajian pada tahun 1981 dalam buku Journal and Family Theraphy. Mereka mendapati ada 2 penyebab dan faktor utama penceraian yang sukar diperbaiki iaitu masalah ketagihan dadah, alkohol dan perasaan kurang dicintai. Selain itu masalah kecurangan.

Ketagihan dadah, alkohol

Sememangnya suami atau isteri yang menagih dadah dan juga alkohol tidak ramai yang mampu memperbaiki diri. Dalam keadaan ini perkahwinan akan terkandas. Mereka juga sukar mengembalikan kepercayaan pasangan kecuali mereka dengan sendiri mahu berusaha untuk memulihkan ketagihan yang dialami.

Perasaan kurang dicintai

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perasaan ini mampu membawa ke arah penceraian. Sikap pasangan yang acuh tak acuh dalam melayani pasangan, tidak menonjolkan perasaan sayang dan tidak menghargai apa yang dilakukan oleh pasangan akan menyebabkan suami atau isteri mula rasa tidak disayangi dan dicintai. Lama kelamaan idea untuk berpisah akan wujud. Apa gunanya bersama jika sudah tidak dicintai.

image

Kecurangan

Banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku. Antaranya adalah tidak lagi mencintai pasangan, diabaikan dan bertemu insan yang lebih menarik perhatian berbanding pasangan. Ia adalah masalah individual yang amat serius dan selalu menjadi penyebab penceraian dalam mana-mana perkahwinan di dunia ini.

Apabila terjadinya faktor-faktor ini, maka perlu dinilai sama ada untuk meneruskan penceraian atau mempertahankan perkahwinan. Ada beberapa perkara perlu dinilai kembali sebelum membuat keputusan :

1- Kepuasan yang diperolehi dalam perkahwinan

Ia termasuklah kepuasan dalam memenuhi keperluan seksual, emosi dan juga curahan perhatian pasangan.

2- Besarnya faktor penghalang penceraian

Ini termasuklah nilai-nilai agama dan anak. Kegagalan memperbaiki perkahwinan yang berantakan biasanya kerap terjadi pada pasangan tanpa anak.

3- Daya tarik

Daya tarik ini membuatkan seseorang itu tidak lagi ragu-ragu untuk bercerai. Misalnya usia yang masih muda, penampilan cantik atau perkara lain yang berkaitan dengan besarnya peluang untuk pasangan bernikah dengan orang lain selepas bercerai.

image

Sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, tidak salah jika pasangan suami isteri cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Dua cara berikut wajib dilakukan sebelum bercerai.

1- Kaunseling

Bila perkahwinan dirasakan makin goyah maka sudah tiba masanya untuk pasangan suami isteri ini mencari pihak profesional atau berpengalaman dalam bidang kaunseling rumah tangga. Hasil kaunseling akan lebih berkesan jika pasangan datang bersama-sama. Masalah akan lebih jelas dan lebih cepat diatasi.

2- Berpisah sementara

Ia adalah pilihan terbaik jika konflik rumah tangga tidak juga reda meskipun anda sudah berusaha untuk mengatasinya. Namun perpisahan sementara ini akan lebih berguna jika pasangan suami isteri terus berkomunikasi. Perpisahan sementara ini dilihat sebagai jambatan untuk memperbaiki hubungan dan bukannya untuk menghindari masalah atau persoalan.

Walau apapun faktor atau penyebabnya dan keputusan yang bakal diambil, perlu diingat bagi pasangan Islam bahawa Allah amat membenci penceraian, waima hanya berniat atau meminta penceraian. Jadi, seboleh-bolehnya elakkan daripada melakukan sesuatu yang dibenci Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply