Hiburan Semasa

Nora Danish Kekal Artis Malaysia Paling Popular

Perkongsian

Dunia Hiburan Malaysia sememangnya tidak pernah sunyi dengan kehadiran artis-artis baru yang bersilih ganti. Dari hari ke hari, pasti ada sahaja muka baru yang akan mewarnai pentas hiburan di Malaysia. Yang membezakan mereka hanya status populariti yang dicapai sama ada cepat mahupun lambat.

Ada artis yang mampu berdiri setanding dengan nama-nama terkenal dalam industri biarpun baru sahaja menjejak kaki dalam pentas hiburan. Dan ada juga yang harus menunggu masa yang lama hanya untuk mendapatkan platform terbaik dan terus bersaing bersama rakan-rakan artis yang lain.

Menurut laman web Tally Press, mereka telah menyenaraikan nama artis-artis yang popular dalam dunia hiburan tanah air berdasarkan jumlah ‘follower’ dalam laman sosial Instagram. Jom kita tengok lima artis paling popular ketika ini:

  1. Nora Danish(3.2 juta)
    nora1
    NORA DANISH HANIF

    Mempunyai kecantikan luar biasa dan suara yang manja, Nora Danish semestinya menjadi kegilaan mana-mana lelaki yang melihatnya. Masih mengekalkan statusnya sebagai artis Malaysia yang paling banyak ‘follower’ di Instagram sejak 2012, Ibu tunggal ini pastinya akan terus diminati kerana sifat humble yang dimilikinya.

  2. Emma Maembong (3 juta)
    emma1
    EMMA MAEMBONG

    Bekas kekasih pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak ini mula meraih populariti yang mendadak sejak kebelakangan ini. Darah seni yang wujud dalam darah dan keluarganya memang tidak dapat dinafikan setelah adiknya juga turut menyinar dalam dunia lakonan. Namun setelah berhijab, rezekinya melimpah ruah.

  3. Zizan Razak (2.7 juta)
    zizan1
    ZIZAN RAZAK

    Pernah dicop ‘playboy’ oleh peminat-peminat tanah air, tidak sedikit pun menjatuhkan populariti Zizan sebagai pelawak dan pelakon paling diminati di Malaysia. Sikap spontan dan bersahaja Zizan menjadi faktor Zizan senang didekati peminatnya.

  4. Scha Al-Yahya¬†(2.6 Juta) 
    scha1
    SCHA AL-YAHYA

    Terkenal dengan sifat ala-ala tomboinya, Ibu kepada Lara Alana ini tidak pernah mengecewakan apabila beraksi di hadapan skrin. Popularitinya langsung tidak terjejas walaupun setelah bergelar isteri Awal Ashari.

  5. Lisa Surihani (2.3 Juta)
    lisa1
    LISA SURIHANI

    Isteri kepada pengarah,pelakon dan penyanyi, Yusru K.R.U ini mula mendapat nama dalam dunia hiburan sekitar tahun 2004. Pelakon comel molek ini mempunyai bakat yang tidak dapat disangkal lagi. Beri sahaja apa jua watak kepada Lisa, pasti akan dijayakan dengan baik.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply