Cinta & Perhubungan Inspirasi

Suami bermasalah?

Perkongsian

Tidak dinafikan, kebanyakan isteri berdepan situasi untuk mengenali hati budi suami terutama sekali di peringkat awal perkahwinan. Malah ada yang makan hati dan merasakan suami cukup berbeza tatkala bercinta.

Benar, di waktu bercinta lebih banyak manis berbanding pahitnya. Sebab itulah yang dikatakan perkahwinan adalah proses melengkapkan diri antara suami dengan isteri. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan isteri yang bingung dengan kerenah suami, berikut adalah tip untuk anda aplikasikan.

image

Belajar untuk lebih bersabar

Dalam rumahtangga, kesabaran adalah satu faktor yang mesti diutamakan. Maklum sahajalah, setiap individu ada kerenahnya yang tersendiri. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Walaupun suami adalah milik kita tetapi tidak bermakna tempoh perkahwinan yang lama boleh menjamin keserasian dan kesefahaman antara keduanya. Lagipun setiap manusia tidak pernah sempurna. Jadi janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan itu kerana dibimbangi akan kecewa.

Paling penting, elakkan teguran yang bersifat menyindir apabila hendak menegur pasangan sekiranya kesalahan itu baru sekali dua dilakukan. Ingat, banyakkan bersabar dan terimalah jodoh kita seadanya.

image

Tunaikan tanggungjawab seperti biasa

Hati siapakah yang tak sakit apabila suami asyik mencari salah. Tidak cukup dengan itu, dia pun mula membuat kerenah. Hancurnya perasaan hanya Tuhan yang tahu kerana di awal perkahwinan sikapnya tidak begitu.

Walau apapun yang berlaku, rumah tangga perlu diteruskan. Jangan cepat mengalah sebaliknya cubalah ‘membalas’ perbuatannya dengan cara yang lembut. Lakukan rutin harian seperti biasa malah tingkatkan lebih layanan terhadapnya. Sudah pasti terbit penyesalan di hati suami kerana tidak melayan anda dengan baik.

image

Banyakkan berdoa

Mungkin segala usaha telah dilakukan untuk mengubah perangai suami. Namun hasilnya tetap di takuk lama. Ingat, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan cepat berputus asa. Banyakkan berdoa pada Yang Maha Kuasa agar hatinya lembut dan menjadi lebih bertimbang rasa.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply