Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

Tips beri tip

Perkongsian

image

Seronokkan dapat melancong ke luar negara. Malah ia telah menjadi satu aktiviti wajib keluarga terutama di musim cuti sekolah.

Namun begitu, kadang-kadang percutian ke negara orang boleh membuatkan kita mengalami situasi kurang selesa dan keliru apabila tiba ke satu-satu destinasi seperti hotel, restoran atau menaiki kenderaan awam.

Pasti kita sentiasa alami keadaan dimana adanya yang membantu membawa beg ke bilik, menunjukkan saluran televisyen dan alat kawalan jauh untuk pendingin udara, melayan dengan mesra segala permintaan untuk melawat tempat menarik dan membawa segala pesanan tanpa sedikit pun rungutan.

Dan ketika ini kita akan membuatkan anda dalam dilema untuk menghulur tip kepada mereka. Adakah memadai tip yang diberikan? Adakah di negara ini ada nilai tertentu yang ditetapkan untuk nilai tip? Adakah mereka tidak lagi memberi layanan seperti ini jika tip yang dihulurkan tidak memuaskan hayi mereka? Arrggghhhh memeningkan!

Jangan bimbang. Di sini ada beberapa panduan daripada Time Asia dalam pemberian tip bagi beberapa buah negara dan diharap dapat membantu untuk anda membuat keputusan ketika berdepan situasi sama. Ia mungkin juga boleh digunakan apabila berkunjung ke negara-negara lain selain daripada yang disenaraikan.

image

JAKARTA

Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus dikenakan di kebanyakan restoran atau kafe. Di restoran biasa, anda boleh meninggalkan Rp5,000 atau lebih Rp1,000 jika servisnya lebih bagus.
Pembawa beg : Beberapa ratus rupiah untuk satu beg sudah memadai.
Teksi : Kebanyakan pemandu membundarkan tambang kepada 500 rupiah terhampir. Jangan layan tambahan lebih Rp 1,000.

MANILA

Tip adalah kelaziman dengan nilai kurang daripada 10 peratus akan menyebabkan anda boleh kehilangan layanan istimewa.
Restoran : Walaupun caj perkhidmatan sudah dikenakan, anda boleh meninggalkan antara 5 dan 10 peratus bersama dengan bil.
Pembawa beg : Perkhidmatan di hotel utama adalah amat baik dan perlu diberikan 20 peso untuk setiap beg.
Teksi : Majoriti teksi menggunakan meter tetapi anda boleh membundarkan tambang kepada lima peso terdekat.

image

SEOUL

Tip bukan budaya Korea kerana lazimnya caj perkhidmatan sudah dimasukkan ke dalam bil keseluruhan.
Restoran : Jika anda berada di restoran Korea, tidak perlu membuat bayaran tambahan. Bagaimanapun, restoran Itali mungkin memerlukan 10 peratus tambahan daripada bil sebagai nilai tip.
Pembawa beg : Kadar antara 500 dan 1,000 won untuk setiap beg adalah kadar standard di penginapan antarabangsa.
Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tiada halangan untuk memberi.

SINGAPURA

Pemberian tip tidak dibenarkan dan sama sekali tidak digalakkan di Singapura.
Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus sudah dimasukkan ke dalam bil.
Pembawa beg : Pekerja hotel bagaimanapun boleh diberikan tip. Sebagai panduan umum, SD$1 layak diberikan untuk pembawa beg.
Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tidak menolak jika diberikan lebih.

TAIPEI

Seperti Jepun atau China, Taiwan tidak mengamalkan pemberian tip.
Restoran : Tip tidak diharapkan, namun boleh diberi di beberapa restoran makanan Barat.
Pembawa beg : NT50 memadai, tetapi pekerjanya tidak terasa jika tidak menerima tip.
Teksi : Tiada tip juga tetapi, anda boleh membundarkan tambang kepada NT5 terhampir untuk mengelak baki duit kecil

image

MALAYSIA

Seperti negara-negara lain, pemberian tip juga ada dihulurkan walau ia bukan sesuatu yang menjadi kelaziman.
Restoran, Pembawa beg, Teksi atau sesiapa saja : Korang orang Malaysia, sendiri tahu lah hehe

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply