Hiburan Semasa Viral

Zul Ariffin tidak berbaju

Perkongsian

Masih ingatkah, suatu ketika dulu dunia hiburan digegarkan dengan kes seorang penyanyi, Faizal Tahir, secara tegas telah digam kerana membuka baju ketika membuat persembahan pentas.

Hari ini, netizen telah mengatakan bahawa situasinya lebih kurang sama dengan kes tersebut terhadap apa yang dilakukan oleh hero drama bersiri Uda & Dara yang menjadi kegilaan ramai, Zul Ariffin.

image

Gambar tidak berbaju Zul yang menjadi gambar muka depan sebuah majalah kesihatan edisi April telah menjadi isu hangat diperkatakan netizen sebagai terlalu mendedahkan aurat.

Adakah perubahan bentuk badan Zul yang kelihatan lebih sado dengan pose yang membuatkan Zul kelihatan lebih seksi menyebabkan ramai rasa terganggu dari pelbagai sudut dengan penampilan beraninya itu?

Zul ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata,

“Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya?”

Zul turut mempertahankan bahawa gambar tersebut bersesuaian dengan tema majalah tersebut.

“Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula.”

Betul juga apa yang diberitahu oleh Zul. Beliau sekadar mengikut kehendak tema majalah tersebut. Bukan sampai perlu beliau berbogel tetapi hanya sekadar tidak memakai baju.

image

Jika menurut Islam, bukan menjadi aurat seorang lelaki selain daripada paras pusat sehingga lutut. Maka, ia sepatutnya tidak menjadi satu isu hangat.

Walaubagaimanapun, perlu juga diambil kira mengenai sensitiviti masyarakat Malaysia. Mendedah tubuh badan secara terbuka sememangnya kurang disenangi dan dilihat sebagai kurang manis bagi masyarakat di Malaysia yang kaya dengan adab dan sopan santun.

Jadi, selepas ini mungkin sesiapa yang diminta untuk mendedahkan badan secara terbuka perlu fikirkan satu inisiatif lain agar ia tidak mengganggu fikiran, pandangan dan emosi setiap yang melihatnya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply