Inspirasi Semasa Viral

Gaji Sebulan Pemetik Ceri Di Australia RM15,000-RM18,000!

Perkongsian

VVLand__9661516_AC91_bucketshack_300dpi

Tidak percaya? Kisah gaji pemetik ceri di Australia ini sememangnya RM15,000-RM18,000 sebulan! Kisah ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Nadzir Nazuman dalam statusnya pada 19 Februari yang lalu. Dia yang merupakan seorang pelajar ketika itu terpaksa mencari wang demi menyara pengajiannya dengan mengambil upah sebagai seorang pemetik ceri.

Menurut Nadzir, pekerjaan pemetik ceri di Melbourne, Australia biasanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam. Kadang-kadang dia terpaksa bekerja sehingga pukul 10 malam jika mendapat permintaan ceri yang tinggi daripada pihak pembeli. Pemetik ceri di sana biasanya menghabiskan masa 10 hingga 14 jam sehari selama seminggu tanpa cuti. Cuti hanya diminta jika dia berasa tidak sihat atau permintaan pelanggan terhadap ceri kurang. 

Menurut Nadzir lagi, apa yang dia lakukan ketika bekerja sebagai seorang pemetik ceri adalah dari mengasingkan buah ceri mengikut kualiti sehinggalah kepada memunggah kotak-kotak ceri selama seberat 10 kilo selama 10 hingga 14 jam!

Jika dipikirkan mengapa lelaki ini sanggup bekerja selama sebulan tanpa cuti dengan melakukan kerja-kerja berat ini tanpa merungut?

Di dalam statusnya, Nadzir menerangkan bahawa pemetik ceri dibayar 22 dollar sejam. Jika sehari bekerja 10 hingga 14 jam, maka bayaran yang diberikan adalah 260 dollar (RM1000) sehari! Jika sebulan, dia mendapat gaji RM15,000 hingga RM18,000! Sedangkan gaji berkenaan lebih tinggi berbanding gaji doktor, jurutera dan lain-lain pangkat di Malaysia.

14

Apa yang menarik dalam statusnya, dia menyamakan dirinya sebagai ‘bangla’ yang bekerja di negara lain dengan ‘bangla’ yang bekerja di Malaysia.

Dia menyamakan mengapa ‘bangla’ sanggup datang ke Malaysia dan sanggup melakukan kerja yang susah untuk mencari duit? ¬†Jawapan yang diberikan dalam statusnya sangat menarik. Kerana bangla tidak mempunyai apa-apa komitmen keluarga di Malaysia, tiada anak isteri tunggu di rumah, tiada rumah untuk dibayar memandangkan penginapan diuruskan oleh majikan, tiada kereta hendak dibayar, tiada tol, dan sebagainya. Kerana?

Kerana mereka hanya datang bekerja untuk mengumpulkan duit dan untuk ditukar mata wang Malaysia dengan mata wang negara mereka. Sama seperti Nadzir yang bekerja di Australia, dia hanya bekerja untuk menukarkan 260 dollar Australia kepada RM700-800 ringgit Malaysia setiap hari!

Anda tidak percaya lagi? Berikut kami lampirkan gambar status beliau di Facebook.

1

2

3

4

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply