Cinta & Perhubungan Semasa Viral

Mas Kahwin menurut Islam. Cukupkah sekadar segelas Air?

Perkongsian

Baru-baru ini, seorang pengguna laman facebook telah mengongsikan acara akad nikah yang di adakan di Negara jiran, Indonesia. Perkongsian yang memeranjatkan ini menarik perhatian para pengguna facebook apabila hanya bermaharkan segelas air sebagaimana menurut portal rasmi Harian metro hari ini.

Gambar yang dikongsikan oleh Purwanto itu berlaku di Masjid Al-Falah yang terletak di Kampung Pea Jambu, Singkohor memperlihatkan seorang pengantin perempuan duduk di samping pengantin lelaki, menerima maharnya iaitu segelas air dan diminum sambil disaksikan oleh hadirin yang hadir pada waktu itu.

Akad Nikah Indonesia
Akad Nikah Indonesia Sumber Hmetro

Ramai pengguna Facebook merasakan pengantin lelaki bertuah. Dia yang merupakan seorang pegawai agama islam di daerah tersebut melafaz nikah pada 26 Mac 2016, beberapa hari yang lalu. Perkahwinan ini cukup berbeza berbanding perkahwinan di Malaysia yang maharnya adalah duit. Perkahwinan itu menjadi viral baru-baru ini lantaran masih wujud keringanan seperti itu untuk melaksanakan perkahwinan dalam ekonomi menusuk pada hari ini.

Kejadian Mahar dengan segelas air ini mencetuskan keinginan kita mengetahui apakah mahar menurut persepektif Islam dan bagaimana mahar di Malaysia.

Secara umumnya menurut syarak, mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan dan di Malaysia kita memberikan mahar dalam bentuk wang ataupun dikenali sebagai “mas kahwin”. Pun begitu nilainya tidak boleh sehingga membebankan dan cukuplah suatu bentuk penghargaan sebagai tanda kesedian berkehidupan di alam perkahwinan.

Kadar Mahar Malaysia Sumber JAKIM
Kadar Mahar Malaysia Sumber JAKIM

Allah swt berfirman dalam surah Al-Nisa ayat 4 “ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “
Rasulullah saw bersabda menurut riwayat Ahmad dan Al-Hakim ”Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).”

Berlandaskan kepada definisi menurut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.

Ketika zaman Rasulullah saw dahulu, beliau tidak pernah memberikan mahar melebihi dua belas Uqiah sewaktu pernikahannya. Jadi, sebagai suatu ummah meringankan beban perkahwinan itu adalah kewajaran untuk kesejahteraan kita bersama.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply