Semasa Viral

Pelajar ‘dibuli’ tergunting lidah sendiri?

Perkongsian

81459071109_BudakPotongLidah

KLANG : Seorang pelajar tahun 2 yang diviralkan di media sosial kerana dipercayai dibuli oleh lima pelajar tahun 3 dari sekolah yang sama dipercayai memotong lidahnya sendiri ketika bermain dengan rakannya. Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samad Mat apabila siasatan polis mendapati pelajar tersebut sebenarnya tergunting lidah sendiri ketika dia leka bermain dengan alat tajam tersebut yang dipinjam daripada salah seorang rakannya.

“Kejadian berlaku dalam kelas. Ketika itu terdapat 34 pelajar dan seorang guru wanita, bukan dipaksa oleh lima orang pelajar bertopeng di dalam tandas seperti yang didakwa mangsa. Sebaik sahaja selepas kejadian, murid itu terus dihantar ke hospital setelah dirujuk kepada penolong kanan sekolah dan turut dilaporkan kepada ibu bapanya,” kata Datuk Abdul Samad selepas majlis pemakaian pangkat koperal ke sarjan di Ibu Pejabat Kontinjem d sini hari ini. 

Siasatan yang dilakukan sejak 25 Mac yang lalu sehingga semalam mendapati tiada kenyataan atau bukti kukuh yang menyokong cerita mangsa yang dibuli oleh beberapa orang murid yang lain. Laporan polis berkenaan kes itu juga telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya dan Jabatan pendidikan Negeri bagi tindakan selanjutnya. 

Mangsa, adik Muhammad Alif Shukran pula memberitahu wartawan bahawa tindakannya memotong lidah sendiri bukanlah kerelaan sendiri dan dipaksa oleh rakannya. Dia menceritakan bahawa dia dipaksa berbuat demikian oleh lima orang pelajar tahun 3 ketika waktu rehat kira-kira pukul3.45 petang semasa dia hendak ke tandas. Semasa dia hendak ke kelas semula, dia ditahan oleh sekumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya menyuruh dirinya untuk mengunting lidah sendiri. Akibatnya, lidahnya putus sedikit di bahagian hadapan dan dia terpaksa menerima satu jahitan.

Ibu mangsa pula, Siti Nurhuda Ibrahim, 29 tahun walaubagaimana pun tidak berpendapat bahawa anaknya memotong lidahnya sendiri meskipun pihak polis telah mengesahkan siasatan bahawa tiada kes buli dalam kes anaknya itu. Dia percaya bahawa anaknya berkata benar dan tidak mereka-reka cerita kerana anaknya pernah mengadu dirinya dibuli oleh sekumpulan murid darjah 3 sebelum ini. 

image

“Sebelum ini saya tidak pernah membuat laporan polis apabila Muhammad Alif mengadu sering diganggu pelajar tahun 3. Bagaimanapun, kejadian yang menimpa Muhammad Alif Khamis lalu menyebabkan saya perlu bertindak,”katanya.

Siti juga mendesak pihak polis untuk membuka semula kertas siasatan berhubung kes anaknya kerana ia merupakan tindakan yang tidak adil bagi pihak keluarganya. Kejadian ini telah menyebabkan Muhammad Alif mempunyai kecacatan kekal pada lidahnya.

“Saya tidak akan goyah dalam mempertahankan hak anak saya berikutan kejadian ini. Jangan tutup kes ini kerana ianya tidak adil untuk keluarga saya. Saya mahu sekolah dan polis dapatkan juga lima murid yang membuli anak saya.”katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Tinggi hari ini.

Walaubagaimanapun kebenaran masih tidak diketahui. Moga Tuhan tunjukkan perkara sebenar yang berlaku ketika kejadian itu kepada kita semua.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply