Semasa Viral

ROTIKAYA Disaman 1 Juta Fitnah Wan Shades!

Perkongsian

b57ce38771d816aa2f09c9990d1061f2_400x400

KUALA LUMPUR: Sebuah pemilik laman hiburan, ROTIKAYA disaman RM1 juta oleh penyanyi utama Kumpulan Shades kerana di dakwa menfitnah dirinya melalui artikel yang ditulis pada laman web ROTIKAYA pada tahun 2012 yang lalu. 

Penyanyi utama kumpulan Shades yang terkenal dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal ini telah menfailkan saman sebanyak RM1 juta di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam terhadap pemilik laman hiburan berkenaan sebagai ganti rugi. 

Wan, atau Mohamad Faizal Mohd Ali, 43 tahun menfailkan saman berkenaan dengan menamakan Nor Hamzie Md. Hambali, 30 tahun sebagai defenden melalui Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Gambar-Wan-Shades

Berdasarkan penyataan tuntutan, Wan mendakwa pada 20 Februari 2012 defenden telah menerbitkan satu kenyataan artikel di laman web nya, Rotikaya.com dan dikongsikan di laman Facebook laman hiburan berkenaan dengan niat jahat untuk menjatuhkannya. 

21

Artikel yang bertajuk ‘Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun” yang diterbitkan oleh laman web berkenaan didakwa merupakan satu fitnah kepada dirinya. Kenyataan yang mendakwa dia merogol anak tirinya selama tujuh tahun tidak benar kerana pada hakikatnya dia tidak pernah mempunyai anak tiri. Jad bagaimana dirinya boleh didakwa menjadi suspek utama kerana merogol ‘anak tiri’nya?

22

Walaubagaimanapun pihak ROTIKAYA telah memadam artikel terbabit kerana ianya sudah tidak boleh diakses lagi pada hari ini.

Wan menegaskan bahawa penyebaran artikel berkenaan di laman sosial menyebabkan maruahnya tercemar, dan berasa malu untuk berdepan dengan masyarakat. Dia juga dikatakan mengalami trauma akibat penyebaran artikel terbabit.

Penyebaran artikel yang tidak benar tentang dirinya menyebabkan sesetengah pihak yang terbabit dalam industri hiburan mula hilang kepercayaan kepada dirinya. Ini menyebabkan dirinya mengalami kerugian yang besar dari segi kerjaya, reputasi dan kewangan. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menyaman pemilik laman hiburan ROTIKAYA sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply