Hiburan Inspirasi

Fathia Latiff Berhijab Sepenunya.

Perkongsian

Pelakon cantik jelita, Fathia Latiff akhirnya mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Fathia yang memang terkenal dengan kecatikan semula jadi dan bakat lakonanya dilihat lebih sopan dan semakin berseri-seri setelah mengenakan tudung.

fathia1
Fathia sentiasa cantik walaupun setelah berhijab.

Nama anak kelahiran Pulau Pinang ini mula melonjak selepas membintangi drama Ariana Rose pada tahun 2014. Selepas itu rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus.

fathia2
Fathia merupakan anak jati Pulau Pinang

Mengulas mengenai keputusannya untuk berhijab,Fathia percaya pada rezeki tuhan walaupun percaya beberapa kontraknya mungkin terbatal setelah berhijrah.

Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.

“Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya

Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. “Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.

Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali”

fathia3
Rezeki percaya rezekinya sentiasa ada setelah berhijrah.

Sememangnya tindakan Fathia untuk berhijrah perlu diberi pujian kerana sedar tentang tuntutan Illahi dan dunia. Fathia yang juga pemenang Anugerah Pelakon Wanita Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur itu yakin tindakannya tidak akan merencatkan kerjayanya sebagai anak seni.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply