Semasa Viral

‘Hero’ Highland Towers Maut Nahas

Perkongsian

yago.transformed_0

SEPANG : Seorang pegawai bomba yang terlibat dalam membantu usaha menyelamatkan mangsa Highland Towers, N. Yogaraja maut akibat kemalangan jalan raya di Puchong 2 pagi semalam. Dia yang menaiki motorsikal jenis Honda E5 dikatakan terbabas sebelum terlanggar pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Kinrara menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya. 

Pegawai Bomba Kanan I di Unit Pengesan Anjing (K9) ini dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar anak bongsunya, Avina, 17 tahun ke klinik kerana demam. Dia meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah pada bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk bedah siasat. 

Anaknya Prakash, 19 tahun memberitahu dia dihubungi pihak polis pada jam 3 pagi untuk memberitahu kemalangan menimpa bapanya dan dia bersama ibunya bergegas ke lokasi. 

‘Ibu hampir pengsan sebaik melihat mayat bapa. Saya tidak menyangka kerana baru bertemu bapa jam 8.30 malam sebelum kejadian di pejabatnya kerana mengambil kunci rumah dan dia sempat berpesan supaya berhati-hati ketika memandu. Saya menganggap kemalangan ini sebagai takdir,”katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik PPUM.

Dalam pada itu, KetuaUnit K9 JBPM, Donny Chap berkata mendiang Yogaraja sudah berkhidmat selaama 27 tahun dalam pasukan bomba dan 15 tahun bersama unit K9. Katanya lagi, mendiang juga adalah antara anggota terawal Unit Udara JBPM, K9 dan anggota pertama yang menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia ‘SMART’ pada awal penubuhannya pada tahun 1994, selepas tragedi Highland Towers

“Kematiannya adalah kehilangan besar kepada jabatan. Mendiang pengawai yang berdisiplin dan komited dengan kerja. Jasanya pada JBPM tidak ternilai dan ikon kepada anggota lain dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat,”katanya. 

Nur Hamidah, 24 tahun yang merupakan ‘bayi’ yang telah diselamatkan daripada tragedi Higland Towers oleh pasukan menyelamat yang dianggotai Yagoraja, mengakui terkejut dan tidak percaya dengan berita tersebut selepas beberapa hari pertemuan mereka yang lalu.

“Saya dan ibu terasa baru sahaja beramah mesra dengan dia pada majlis pertemuan yang lalu dan tidak menyangka kepulangan kami ke Indonesia disertai berita sedih ini. Tidak sangka pertemuan kami sesingkat itu. Kami sekeluarga amat bersedih. Jasa baktinya tidak akan kami lupa sampai bila-bila”, katanya yang ditemani oleh ibunya, Umi Rasyidah yang juga merupakan mangsa yang diselamatkan dalam runtuhan Highland Tower.

nation_bl_0404_p003A_boblee_1

Gambar: Yogaraja (dua dari kiri) dan pasukan bomba penyelamat ketika kejadian Highland Tower bergambar bersama mangsa yang diselamatkan oleh mereka, Nur Hamida(dua dari kanan).
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply