Semasa Viral

Seni Lukisan Menggunakan Darah Sendiri!

Perkongsian

Orang seni melukis lukisan menggunakan pensil, watercolour, pasir dan sebagainya untuk meluahkan perasaan masing-masing di dalam lukisan mereka. Perasaan inilah yang akan memberi ‘nyawa’ kepada lukisan pelukis dan menarik perhatian orang awam. 

Tetapi, seorang pelukis lelaki ini mempunyai cara yang unik untuk memberi ‘nyawa’ kepada lukisannya dan menarik perhatian orang awam.

Apa yang menarik tentang lukisan lelaki berasal daripada Sydney ini adalah, dia menggunakan darah sebagai alat lukisan dan dia telah melukis beratus-ratus karya lukisan menggunakan darahnya sendiri!

01

Seni luar biasa ini dilakukan dengan menyambung salur darah di lengannya ke mesin berus udara agar dia boleh melakukan semburan terus ke kanvas. Rev Mayers, 39 tahun mempertaruhkan nyawa dengan menggunakan darahnya sendiri dalam seni karyanya untuk menjadi antara ‘pelukis darah’ yang terkenal di dunia. 

32B0B7A200000578-0-image-m-17_1459402487694

Dia yang berkecimpung dalam seni ‘darah’ ini telah menggunakan berliter-liter darah miliknya untuk mempersembahkan seninya sejak 11 tahun yang lalu. Kebanyakkan darah di lukisannya diambil oleh seorang jururawat sebelum digunakan untuk menghasilkan lukisan potret keluarga, makhluk khayalan dan haiwan.  Dia juga terpaksa menyambungkan darah dari uratnya secara terus ke sebuah mesin berus udara sebanyak tiga kali untuk membolehkan dirinya menyembur cecair darah terus ke kanvas. 

04

“Saya mempunyai seorang jururawat yang memasukkan tiub di lengan dan terus ke mesin berus udara. Saya melakukannya tiga kali dan tidak gemar melakukannya lagi,”katanya.

Dia menceritakan pengalamannya kali pertama melakukan teknik sedemikian secara tergesa-gesa dan tidak tahu ia boleh menyebabkan maut. Dia juga merasa pening dan sukar untuk fokus akibat teknik sedemikian.

Blood-Paintings-Rev-Mayers-Australia-11

Apa yang unik tentang Rev adalah dia mengamalkan diet tertentu untuk membolehkan darah yang dihasilkan oleh badannya bewarna merah gelap. Dia memakan stik, daging merah, dan meminum sejumlah besar air bagi memastikan darahnya berkualiti tinggi. 

news-2012-May-slika_krv_mala_360601034

“Jika saya mengeluarkan satu pain darah untuk disimpan, saya mahu darah itu menjadi yang terbaik,”katanya.

Darah itu kemudiannya akan diambil oleh jururawatnya dan dimasukkan ke dalam bebuli kaca yang kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk di rumahnya. 

bloodart-15_82d2c

Gambar : Berikut merupakan hasil seni Rev di atas sepasang kasut. Ngeri dan menarik bukan?
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply