Fesyen & Gaya Hidup Viral

Electrical Extension Wire Selamat Digunakan Jika…

Perkongsian

Jika anda menghuraikan semua wayar elektrik daripada pemegangnya!

268547-power-cord

Tip yang mudah bukan? 

Kami yakin ramai pengguna menggunakan electrical extension di rumah, di pejabat dan di mana sahaja bagi memenuhi keperluan anda. Dengan adanya electrical extension ini membolehkan pengguna untuk menggunakan banyak plug berbanding hanya satu plug di dinding rumah anda. Selain memberikan lebih banyak ruang, ia juga  membantu dalam menjimatkan masa jika anda ingin merebus air, memasak, dan membasuh baju pada waktu yang sama.

GFE-cord reel

Tapi tahukah anda perbuatan anda yang menggunakan electrical extension ini sebenarnya merbahaya jika anda tidak menguraikan kesemua wayarnya daripada tempat penggulungnya! Mengapa?

Satu eksperimen telah dilakukan dimana mereka menggunakan satu electrical extension dibuka wayarnya daripada tempat penggulung (A), dan satu lagi electrical extension tidak dibuka wayarnya daripada tempat penggulung (B).

1

Suhu awal bagi A adalah 21.7°C manakala suhu awal bagi B adalah 20.7°C. Eksperimen telah dilakukan selama sejam dan mendapati suhu bagi A adalah 20.4°C  rendah 0.3°C  daripada suhu permulaan, manakala suhu bagi B (wayar extension yang tidak dibuka sepenuhnya) adalah 95.6°C!

1 

Apabila mereka cuba untuk menarik wayar yang masih tergulung di dalam penggulung extension electrical B, mereka mendapati wayar tersebut cair dan melekat antara satu sama lain!

12

Mereka juga mendapati kehadiran asap apabila mereka cuba untuk membuka gulungan wayar tersebut.

21

Bagaimana ini boleh berlaku?

211

Ini berlaku kerana apabila wayar tersebut digulung, haba yang terhasil tidak boleh keluar di sekeliling. Maka ia akan melepas haba pada salutan wayar yang menyebabkan bahan tersebut cair, kemudian haba terkumpul itu akan menyebabkan litar pintas dan kebakaran.

123

Berlainan jika anda membuka gulungan wayar tersebut, haba yang terkumpul boleh dipindahkan ke persekitaran! Ini mengurangkan risiko haba tersebut terperangkap dan mengelakkan lintar pintas!

Pastikan anda sentiasa menguraikan keseluruhan gelungan wayar sebelum anda menggunakannya! Semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga!

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply