Viral

Fizo Omar dan Mawar Layan Pelanggan Macam Lembu: Wardina.

Perkongsian

Tindakan suami kepada pemilik jenama Fareeda memuatnaik video yang memaparkan butik jualan mereka diserbu peminat koleksi tudung itu hanya sekadar mendatangkan reaksi yang negatif dari pelbagai pihak.

Manakan tidak, video yang berdurasi 16 saat pagi tadi menunjukkan ratusan manusia berhimpit-himpit tidak kira lelaki mahupun perempuan hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung keluaran terbarunya itu.

fareda2
ratusan manusia sanggup berhimpit-himpit hanya untuk mendapatkan kupon

Lebih memalukan, di dalam video tersebut, Mawar dan Fizo Omar kelihatan seperti bangga apabila melihat peminat tudung itu sanggup bersusah payah untuk membeli tudung tersebut.

Mereka juga seolah olah tidak memikirkan tentang keadaan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur malah ada antara pelanggan yang terpaksa tolak menolak dalam kejadian itu sudah berusia lebih 50 tahun.

fareda1
inilah rupa tudung terbaru yang menjadi rebuatn pagi tadi.

Seperti dijangka, pelakon dan pengacara muslimah Wardina Habib Safiyyah tampil menegur tindakan pasangan selebriti itu yang seolah olah tidak tahu mencari jalan penyelesaian selain gagal memanfaatkan teknologi sedia ada untuk memudahkan urusan jual beli. Kritika pedas Wardina itu juga ekoran tindakan bersesak-sesak dan bercampur jantina itu jelas melanggar hukum islam.

Berikut adalah komen wardina:

“Baru tengok video viral satu butik tudung. Saya mengharapkan pemilik butuk berkenaan ,janganlah merendahkan dan melayan ┬ápembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia.

“kalau sudah tahu ada sale gergasi dan sebagainya,maka gunalah sistem no giliran, register online ,gunalah emel,text dan bermacam-macam lagi zaman serba canggih ini”.

Sememangnya komen Wardina di laman sosialnya itu sesuatu yang benar dan Mawar seharusnya mengambil perkara ini sebagai iktibar untuk terus disokong dalam dunia bisnes. Kalau perkara seperti ini berterusan. Tidak mustahil perkara sebaliknya akan berlaku.

Wallahualam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply