Semasa Sukan

Kena Panah Petir Ketika Latihan.

Perkongsian
IMG-20160405-WA0030
Berita yang dimuat naik Harian Metro

Tidak sampai seminggu , pemain golf Negara Shaaban Hussein ditimpa kecelakaan, hari ini 4 pemain presiden pasukan Melaka terkena panahan petir ketika menjalani latihan di Krubong petang tadi.

Paling teruk , penjaga gol simpanan, Marco Stefan Petrovski tidak sedarkan diri setelah terkena panahan. Mereka yang memulakan latihan kira-kira jam empat petang tadi dipercayai dipanah petir ketika berada di kawasan terbuka di padang terbabit.

petir3
Marco Paling Teruk dipanah petir.

Stefan  yang baru berusia 18 tahun, langsung tidak sedarkan diri sejurus dipanah. Difahamkan, ketika kejadian,kesemua 28 pemain Piala Presiden pada ketika itu menjalani latihan bersama-sama di padang terbabit sebelum empat daripda mereka dipanah petir.

Pengurus skuad Piala Presiden ,Khairi Anuar Ahmad mengulas, seorang lagi pemain daripada skuad tersebut, Muhammad Afiq Azuan,21 turut terkena panahan tersebut.

” Buat masa ini, Marco belum sedarkan diri,dan sipantau di unit rawatan ICU.

“Muhammad Afiq dalam keadaan sedar dan dipantau di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka”.Katanya ketika ditemui Harian Metro petang tadi.

petir1
Afiq Azuan antara mangsa dalam kejadian petang tadi.

Tambahnya, antara lain yang turut merasai kesan panahan petir itu ialah jurulatihnya G Torairaju dan fisioterapi pasukan. Ahmad Faizal Miswan. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan.

Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk mengelak terkena panahan petir:

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

-Pandangan Pakar Petir Hartono Zainal Abiddin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply