Semasa Sukan Viral

Lari Dari Podium, Elak Disembur Arak!

Perkongsian

Media sosial Facebook hari ini diviralkan dengan video berdurasi 2 minit 13 saat apabila seorang pemenang MotoGP kategori Moto3 berlari daripada podium apabila pemenang tempat kedua dan ketiga mula membuka penutup arak untuk disemburkan ke arah dirinya.

*Video diambil daripada Youtube, minit 0:00 hingga minit ke 0:49 sahaja. Khairul Idham mula berlari pada minit ke 0:08.

Tindakannya yang pantas berlari ke tepi pentas menyebabkan dirinya terselamat daripada terkena pancuran arak tersebut. Reaksi pengguna media sosial Facebook yang menonton video tersebut memuji sikap remaja terbabit yang sentiasa menjaga kesucian agama Islam dimana jua dirinya berada walaupun di ambang kemenangan.

21

Khairul Idham Pawi, 17 tahun mencipta sejarah dalam Kejohanan MotoGP kategori Moto3 apabila dia berjaya mendapat tempat pertama dalam perlawanan itu di Litar Termas de Rio Hondo, awal pagi kelmarin. Khairul yang mewakili Honda telah muncul sebagai juara apabila pelumba motoGP pertama negara itu berjaya mendominasi saingan perlumbaan itu. 

Khairul-Idham-Pawi-profile

Keadaan litar lumba yang basah tidak menjadi halangan buat anak kelahiran Kampung Gajah ini untuk mendahului rakan seperjuangannya Jorger Navaroo dari Sepanyol dan Brad Binder yang mewakili KTM dengan perbezaan masa hanya 26 saat!

Dia yang tidak menjangka dengan kejayaan dirinya memberitahu bukan mudah untuk dirinya mencapai keputusan yang membanggakan itu.

“Keadaan di litar sangat sukar tetapi saya tetap berusaha untuk mengekalkan catatan sepusingan dan terus bertahan di hadapan. Saya memberikan tekanan yang kuat pada pusingan pertama untuk melepaskan diri daripada pelumba lain. Ia merupakan perlumbaan yang bagus untuk saya. Saya sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan ini serta teruja dengan kemenangan pertama ini. Terima kasih semua,”katanya.

Ayahnya, Pawi bagaimanapun tidak terkejut dengan kejayaan anaknya itu kerana tahu cara dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anaknya sehingga mencapai ke tahap ini. Dia juga tahu anaknya seorang yang mempunyai cita-cita tinggi, cepat belajar dan cukup di kenali sebagai seorang anak yang cekal hati, malah kejayaan anaknya itu didorong oleh semangat juang tinggi dan tak pernah kenal erti kalah.

image

“Saya rasa terharu serta bangga kerana usaha gigihnya selama ini berbaloi. Dia juga ada menghantar mesej melalui aplikasi WeChat kepada ibunya memaklumkan dia akan memulakan perlumbaan. Itu sudah menjadi amalan dan kelaziman Khairul Idham meminta supaya ibunya mendoakan kejayaannya pada setiap kali pertandingan. Kejayaan yang dikecapi oleh Khairul Idham sangat bermakna dan menjadi hadiah paling berharta buat saya dan isteri,”katanya.

Khairul Idham juga mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Kahiry Jamaluddian Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan di media sosial Twitter.

1 2

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply