Semasa

Benjy Bebas Dari Tuduhan Memiliki Dadah

Perkongsian

Pelakon lelaki terkenal pada satu ketika dulu iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilepaskan dari tuduhan memiliki dadah. Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Muar pada hari ini.

Benjy dituduh memiliki dadah jenis metaphitemine seberat 1.3 gram pada Mac tahun lalu, lapor Sinar Harian. Benjy juga merupakan anak kepada pelakon wanita popular iaitu arwah Azean Irdawaty yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Sebelum ini, arwah ibunya sering memberi sokongan dan dorongan apabila anaknya ditahan akibat pengaruh dadah. Arwah juga yakin bahawa anaknya tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah.

Majistret di Muar, Muhammad Hidayat memutuskan bahawa Benjy tidak bersalah tanpa memanggilnya untuk membela diri atas pertuduhan tersebut setelah pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Seperti pertuduhan, Benjy dan juga bersama rakannya yang ditangkap bersama ketika itu, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin yang berumur 29 tahun telah didakwa memiliki dadah. Mereka ditahan ketika itu selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac tahun lalu.

Benjy yang ketika itu diwakili oleh peguam bela, Farhan Read, tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut. Sekiranya arwah Azean Irdawaty masih ada lagi, pasti beliau adalah orang pertama yang bahagia dengan keputusan ini apabila anak kesayangannya lepas dari tuduhan.

Namun, nasib rakannya tidak seperti Benjy apabila Raja Shariff Hidayahtullah telah diperintah untuk membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas makhamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan. Kes ini telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin.

Umum kita tahu bahawa dadah itu membahayakan diri dan juga kehidupan kita. Oleh itu, didik lah diri kita supaya menjauhi najis dadah ini kerana sukar untuk kita berpatah balik setelah terjebak dengannya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply