Semasa

Cium Ketiak Boyfriend Bukti Cinta Remaja Zaman Sekarang?

Perkongsian

Screen Shot 2016-04-06 at 1.26.06 AM

Pelbagai gelagat remaja zaman sekarang ketika sedang hangat dilamun cinta. Gelagat yang menjadi trend ketika ini di Indonesia ialah mencium ketiak boyfriendnya dah dimuat naik ke laman sosial. Rasa kelakar, nak gelak guling-guling pun ada tengok gelagat mereka.

Seperti yang dilaporkan dalam laman portal OhBulan, tidak dinafikan ketika bercinta diusia muda kelihatan sweet, dan apa yang dilakukan bersama kelihatan manis. Berbeza bagi remaja Indonesia apabila mungkin percintaan mereka boleh digelarkan sebagai percintaan yang manis apabila mencium ketiak boyfriend telah pun menjadi trend.

Sejak beberapa hari ini kita dapat lihat, kecoh dilaman sosial apabila beberapa keping gambar wanita mencium ketiak lelaki yang digelar sebagai boyfriend telah menjadi viral. Beberapa pasangan telah memuatnaik foto mereka dengan hashtag #ciumketiakpacar.

Mereka turut mendakwa bahawa perlakuan ini adalah sebagai tanda kasih sayang dan cinta kepada kekasih mereka. Adakah mereka beranggapan bahawa tidak mencium ketiak bermaksud tidak sayang?

Screen Shot 2016-04-06 at 1.28.02 AM

Seperti biasa setiap apa yang kita lakukan di laman sosial pastinya akan mendapat respon dari para netizen samada pendapat negatif atau positif. Lebih-lebih lagi apabila perkara itu telah menjadi viral. Sama juga seperti trend remaja yang mencium ketiak kekasihnya telah mendapat kritikan yang teruk oleh para netizen di negara tersebut. Netizen disana berpendapat bahawa trend tersebut adalah trend yang bodoh dan sia-sia.

Satu persoalan yang mungkin akan berlegar difikiran pembaca, adakah trend yang sedang hangat di Indonesia ini akan terikut-ikut oleh remaja di Malaysia? Semoga dijauhkan anak-anak remaja negara kita dari trend yang sia-sia ini. Jelas kelihatan pendek akalnya mahu menunjukkan sayang pada kekasih dengan mencium ketiak mereka.

Bagi remaja yang melakukannya pasti sweet namun bagi kami, ianya merupakan satu jenaka!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply