Semasa Viral

Doakan Ustaz Haron Din Cepat Sembuh

Perkongsian

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta semua rakyat Malaysia supaya mendoakan kesembuhan Ustaz Haron Din yang kini berada di Instituti Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

“Saya meluangkan masa menziarah dan berbual dengan Ustaz Haron Din semalam di IJN selepas melawat Shaaban Husin (pemain golf negara) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara beliau dan segera sembuh,’ kata Datuk Seri Najib dalam entrinya di laman sosial Facebook dan Twitter.

233

Gambar : Ucapan selamat sembuh kepada Ustaz Haron Din melalui laman sosial Facebook Datuk Seri Najib.

2341

Gambar : Ucapan selamat sembuh kepada Ustaz Haron Din melalui laman sosial Twitter Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib dikatakan meluangkan masa selama 10 minit berbual-bual bersama Ustaz Haron Din bertanyakan keadaan dirinya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil. Beliau juga berkongsi beberapa keping gambar beliau berbual-bual mesra dengan mursyidul PAS Ustaz Haron Din di wad berkenaan.

Ustaz Haron Din dimasukkan ke IJN pada 24 Mac lalu selepas beliau mengadu sakit dada susulan rawatan angiogram dan angioplasty di pusat perubatan tersebut sebelum ini. Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hisptal Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

ijn_pic11

Alhamdulilah keadaan beliau kini semakin pulih selepas menjalani beberapa rawatan bagi masalah komplikasi jantung di IJN tetapi beliau masih menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini juga mengambil kesempatan untuk melawat Ustaz Haron Din pada 3 April yang lalu. 

Mohamed Azmin dalam laman sosial Twitternya berkongsi gambar beserta ucapan mendoakan kesihatan Ustaz Haron Din kembali pulih.

“Alhamdulilah baru selesai menziarahi Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di IJN. Ustaz makin sihat dan riang berbicara,”tulisnya di Twitter.

Semoga Ustaz Haron Din sembuh seperti sediakala.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply