Semasa Viral

JPA laksana Pinjaman Pemboleh Ubah, Tiada Biasiswa

Perkongsian

download (1)

PUTRAJAYA : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah melaksanakan model baharu penajaan pelajar tahun ini. Apa yang menarik terdapat enam kategori program telah diperkenalkan oleh JPA, di mana lima program adalah program lama, dan satu program lagi merupakan program baharu, iaitu Program Dermasiswa B40. Program Dermasiswa B40 disediakan khas buat 1000 pelajar daripada keluarga golongan berpendapatan B40 atau 40% terendah (berpendapatan RM3690 ke bawah).

6 MODEL BARU PENAJAAN JPA

1. Program Dermasiswa B40

-Penajaan 1000 pelajar B40 dalam bidang diploma di politeknik, universiti awam, UNITEN dan MMU.

2. Program Penajaan Nasional

-Penajaan 20 orang pelajar terbaik SPM 2015 (program persediaan dalam negara dan peringkat ijazah di dalam negara atau universiti terkemuka dunia berdasarkan senarai QS World Ranking)

3. Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Jerman

Penajaan 200 orang pelajar cemerlang SPM 2015 dalam diploma/ijazah dalam bidang kejuruteraan.

4. Program Ijazah Dalam Negara

Penajaan 7000 orang pelajar di UA dan universiti swasta.

5. Program Lepasan Bursary

Penajaan 744 orang pelajar Program Bursary 2013/2014 di bawah Program Lepasan Bursary bagi mengikuti program Ijazah Pertama di IPT tempatan.

6. Program Bursary

Penajaan 250 pelajar lepasan SPM 2015 yang mendapat 9A+ bagi mengikuti program persediaan/asasi ke universiti dalam negara.

Pegawai Kanan JPA menerangkan bahawa perubahan ini dilakukan supaya dapat memberikan tumpuan kepada penajaan pelajar ke institusi tinggi tempatan bagi mengekalkan pelajar cemerlang di negara ini,sekaligus dapat menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.

Apa yang menarik adalah JPA tidak akan menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar lagi, tetapi JPA memperkenalkan sistem pinjaman pemboleh ubah. Tetapi Dermasiswa B40 terkecuali dengan dasar ini di mana pelajar akan menerima biasiswa sepenuhnya.

Perjanjian itu dikuatkuasakan mengikut empat keadaan:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran bayaran balik jika pelajar berkhidmat dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima jika pelajar dengan GLC selepas tamat pengajian.
  • Bayaran balik 50% daripada jumlah pinjaman jika pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
  • Bayaran balik keseluruhan jika pelajar bekerja diluar negara selepas tamat pengajian
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply