Semasa

Whatsapp Perkenal Sistem Keselamatan Baru!

Perkongsian

2

Hari ini kami yakin ramai antara pengguna aplikasi Whatsapp menerima mesej seperti di atas daripada pihak Whastapp. Whatsapp telah memperkenalkan sistem keselamatannya yang terbaru di mana menjadikan privasi tetap menjadi rahsia anda.

Pihak Whatsapp dalam laman web mereka menerangkan tujuan Whatsapp direka adalah untuk membantu pengguna kekal berhubung dengan orang tersayang, berkongsi maklumat ketika bencana alam, berhubung dengan keluarga yang terpisah, selain untuk menjadikan hidup lebih baik.

Kebanyakkan pengguna berkongsi memori terindah di Whatsapp, jadi pihak Whatsapp mengambil kesempatan mereka bentuk sistem ‘end-to-end encrypted’ di mana mesej anda, gambar, video, rakaman suara, dokumen dan panggilan yang anda lakukan selamat daripada terjatuh ke tangan yang salah.

Tetapi sistem ‘end-to-end encrypted’ ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang menggunakan aplikasi Whatsapp yang terkini. Kebanyakan aplikasi mesej yang lain menggunakan polisi rahsia antara anda dan mereka, tetapi bagi pengguna Whatsapp, mesej anda bersama orang yang anda berhubung hanya rahsia anda berdua! Pihak Whatsapp juga tidak akan menyimpan maklumat perbincangan anda.

Ini kerana mesej anda akan dikawal menggunakan  kata kunci, dan hanya anda dan penerima sahaja mempunyai kunci khas untuk membuka kata laluan dan membaca mesej tersebut. Whatsapp juga menambah perlindungan dengan menghantar kod berlainan untuk setiap kali anda dua berhubung. Ini berlaku secara automatik, jadi anda tidak perlu membuka ‘setting‘.

Bersembang tanpa takut

Anda boleh bercakap dengan rakan dan keluarga anda walaupun mereka berada di luar negara. Seperti mesej, pihak Whatsapp dan pihak ketiga tidak boleh mendengar perbualan anda berdua.

Mesej di tangan anda

Mesej anda akan sentiasa berada di tangan anda kerana pihak Whatsapp tidak akan menyimpan maklumat mesej anda di dalam server. Jadi pihak Whatsapp dan pihak ketiga tidak boleh membaca mesej anda berdua.

Lihat sendiri!

Whatsapp membenarkan anda memeriksa sama ada panggilan yang anda lakukan dan mesej yang anda taip merupakan ‘end-to-end encrypted’. Anda boleh memeriksanya di info ‘contact’ atau info ‘group’.

Untuk mengaktifkan sistem ini kami lampirkan video untuk tontonan anda. 

*Video bermula pada minit ke 0:44

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply