Inspirasi Semasa

Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang?

Perkongsian

Menunaikan solat 5 waktu merupakan tuntutan yang wajib dilakukan oleh umat Islam kecuali bagi wanita yang uzur atau mereka yang tidak waras. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang masih alpa dan masih menganggap solat itu ringan, namun tetap masih ada sebilangan besar yang masih menunaikan tanggungjawab mereka sebagai agama islam.

Melalui laman portal sinar harian, masih juga diantara kita yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat. Bolehkah kita solat ketika azan masih lagi berkumandang? Apa pula hukumnya menunaikan solat ketika azan masih berkumandang?

Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Mohd Azhar Abdullah menyatakan antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baru sahaja berkumandang menjadikan solat yang dilakukan adalah sah.

Bagaimanapun, ada perbezaannya antara lelaki dan perempuan apabila melakukan solat ketika azan masih berkumandang. Makhruh bagi lelaki yang melakukan solat ketika azan masih berkumandang manakala bagi wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.

” Dari sudut sunnah para sahabat nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti ¬†menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.

” Solat ketika azan adalah makhruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian barulah solat dikerjakan”, katanya ketika dihubungi.

Dr Mohd Azhar juga menyatakan perbuatan solat ketika azan boleh menyebabkan hilang kemanisan dalam mengerjakan ibadah wajib itu.

” Islam tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan menyebabkan makhruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara yang Allah tidak suka.

” Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat sekiranya bersolat ketika azan masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala itu tidak cantiklah,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan, mereka yang bersolat dihujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu yang lain juga masih boleh dikira sebagai sah.

” Sebagai contoh, ketika kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.

” Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat dihujung waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama. Jika ia solat Asar dan rukuk dan sempat tama’ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat Asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya lagi.

Alhamdulillah, sekarang kita sama-sama apa itu hukum solat dihujung waktu dan solat ketika azan masih berkumandang. Selama ini kita pandang remeh tapi rupa-rupanya ada hukumnya yang selama ini kita tidak tahu. Semoga artikel ini akan menjadi rujukan untuk kita selepas ini. Insya Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply