Bisnes Inspirasi

Senarai Pekerjaan Bergaji Tinggi di Malaysia Yang Tak Perlukan Ijazah!

Perkongsian

Sedar atau tidak masyarakat Malaysia sudah sebati dengan menerapkan budaya yang tidak sepatutnya dalam kalangan panyambung legasi dalam memilih bidang pekerjaan. Manakan tidak, ibu bapa di negara ini mensasarkan anak mereka sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan kononnya untuk memastikan peluang pekerjaan kelak akan terjamin.

Namun, sebenarnya, terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang cukup lumayan di Malaysia dan tidak memerlukan ijazah untuk berkhidmat. Namun terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum masuk ke alam pekerjaan ini.

Di sini, kami senaraikan beberapa peluang kerja yang tidak memerlukan ijazah namun menawarkan gaji yang tinggi:

1. JURUTERBANG

Juruterbang atau pilot merupakan kerjaya profesional yang tidak perlukan ijazah. Namun, anda perlu memasuki kolej penerbangan di mana yurannya mencecah ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan lesen penerbangan seperti PPL, CPL dan ATPL. Gaji basic bagi juruterbang adalah sekitar RM4,000 ke atas.

2. PENASIHAT KEWANGAN

Penasihat kewangan merupakan individu yang bertanggungjawab memberi nasihat tentang pelaburan kewangan anda – contohnya dalam pelaburan unit amanah. Kelayakan minima bagi jawatan ini cuma SPM sahaja manakala gaji boleh mencecah RM3,000.

kerja4

3. EJEN INSURANS

kerja2
Antara Syarikat Inssurans yang bernaung di bawah BNM

Ramai yang tidak sukakan agen insuran yang kerap menelefon tanpa mengira waktu. Namun masyarakat hari ini sudah boleh menerima pentingnya insuran dalam kehidupan seharian. Kerjaya sebagai agen insuran bukanlah untuk memaksa prospek membeli, tetapi educate prospek tentang pentingnya memiliki insuran.

4. EJEN HARTANAH

Broker tanah dan broker rumah antara istilah yang selalu kita guna pakai bagi menggantikan agen  hartanah. Kelebihan menjadi agen hartanah bila mana untung aset yang kita jual kadang kala boleh mencecah 5-6 angka! Namun untuk menjadi agen hartanah, anda perlukan sijil yang diiktiraf.

5. KERJA DI PELANTAR MINYAK

kerja1
Kerja Di Pelantar Minyak Menjanjikan Gaji Yang Lumayan

Kerjaya dalam bidang oil and gas semestinya menawarkan gaji yang lumayan. Padanlah dengan risikonya yang tinggi. Anda perlukan sijil dari CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi melayakkan anda bekerja sebagai:

  • Rig Operator
  • Welding Inspector
  • Welding QC Co-ordinator
  • Plant Inspector
  • Offshore Inspection
  • Non-destructive Testing
  • Plastics Welders
  • Welder
kerja3
Wiremen juga mempunyai prospek tinggi dalam dunia pekerjaan

6. WIREMEN

Wireman sangat penting bagi kerja-kerja berkaitan pendawaian elektrik dan pengujian di tapak industri. Mereka juga mempunyai beberapa peringkat ujian bagi membolehkan mereka mengendalikan litar satu atau tiga fasa – mengikut kawasan kediaman atau komersil.

Itu dia antara pekerjaan-pekerjaan yang mungkin orang nampak remeh dan leceh dan dipandang rendah namun pendapatan bulanannya boleh mencecah RM 10000.  Banyak kan! Semoga artikel ini bermanfaat kepda sesiapa yang tengah memikirkan masa depan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply