Semasa Viral

Mr.Os Telah Pulang Ke Rahmatullah

Perkongsian

Os

Sekali lagi Malaysia kehilangan sebutir permata, iaitu pelakon, pelawak terkenal iaitu Mohd Yusof Bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr.Os. Menurut laman portal Sinar Harian, Mr.Os yang berusia 55 tahun meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser paru-paru pada jam 2.50 petang.

Berita kehilangan ini juga telah dikongsi oleh anak perempuan allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial miliknya hari ini.

” Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof Bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

” Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan dibawa pulang ke gombak. Al fatihah”, tulisnya.

Seorang lagi anak perempuan allahyarham, Nor Hayatie juga berkongsi rasa duka atas kehilangan ayahnya yang tercinta.

” Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr.Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik diusianya 55 tahun.

” Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah dikalangan orang yang beriman.

” Kita jumpa disana, abah. Abah pergi dengan tenang dan berwudhuk selepas solat tadi”, katanya.

Menurut anak lelakinya, Mohd Hafizul, allahyarhan dirawat di Hospital Selayang sejak isnin lalu.

” Ayah sakit teruk sejak isnin lalu dan dirawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

” Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik-beradik terutamanya berkenaan agama”, ujarnya

Mohd Hafizul juga mengatakan bapanya itu sudah tidak mampu lagi bekerja seperti biasa.

Setelah bertahun-tahun menghiburkan kita dengan celoteh dan teletahnya, kini beliau pergi menghadap Illahi. Semoga roh arwah Mr Os ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahkan urusannya di sana. Amin. Al fatihah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply