Inspirasi

4 Bahan Dapur Yang Boleh Usir Semut Di Dapur.

Perkongsian

Acapkali kita letakkan makanan di dapur, sekelip mata saja sudah dihurung semut. Lebih-lebih lagi apabila makanan itu adalah makanan yang manis. Makin bersorak semut datang menghurung. Kadang-kadang kita terpaksa membuang makanan itu apabila sudah terlalu banyak semut yang hurung. Rasa membazir kan. Laman portal Sinar Harian menyenaraikan 4 bahan yang boleh kita gunakan untuk mengusir semut dari menghurung makanan.

1. Kayu Manis

Kayu manis mempunyai bau yang sangat kuat dan menyengat dan bau itu lah yang akan menyebabkan semut lari. Tempat utama yang semut akan datang ialah pada makanan manis. Sekiranya balang gula tidak ditutup dengan betul atau rapat, memang mudah semut nak datang. Jadi untuk  mengelakkannya, masukkan saja beberapa batang kayu manis didalam balang gula dan biarkan. Selain itu, kayu manis juga boleh dijadikan sebagai taburan pada tempat-tempat yang selalu dihinggap semut.

2. Cabai

Siapa tahu cabai juga boleh menakutkan semut untuk hinggap di makanan. Kalau tidak mahu letakkan kayu manis yang mungkin akan meninggalkan bau dalam balang, boleh juga diletakkan cabai untuk mengusir semut. Lebih-lebih lagi serbuk cabai.

3. Cuka

Campukan cuka dan air dengan perbandingan 50:50 dan letak dibahagian yang sering dihurung semut.

4. Oatmeal

Ha, siapa sangka oatmeal pun boleh digunakan bahan untuk mengusir semut! Walaupun bau oatmeal tidak menyengat seperti bau kayu manis, cabai atau cuka, tapi ianya ternyata boleh menghalau semut. Taburkan oatmeal disekeliling makanan untuk elak dihurung semut.

Demikian lah beberapa bahan yang boleh digunakan untuk menghalau semut. Tak perlu kita gunakan pembasmi serangga kerana bahan kimia yang terdapat dalamnya boleh membahayakan pada kita sekiranya tersembur pada makanan yang lain.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply