Cinta & Perhubungan Inspirasi

Tanda-tanda Lelaki Sedang Merajuk Dengan Pasangannya

Perkongsian

Merajuk selalunya dikaitkan dengan wanita dan sikap merajuk memang semulajadinya akan ada dalam diri setiap wanita. Tapi sebagai wanita, anda kena tahu yang lelaki dan juga pasangan anda juga boleh dan pandai merajuk! Kadang-kadang lelaki merajuk ni lebih teruk dari wanita merajuk. Macamana anda nak tahu yang pasangan anda sedang merajuk? Jom baca bagaimana cara lelaki merajuk.

1. Lelaki Buat Tak Kisah Dengan Semua Perkara Disekelilingnya

Cara ini mungkin akan mencabar kesabaran setiap wanita apabila lelaki sudah mula buat tak tahu dengan apa yang disekelilingnya. Si dia akan buat acuh tak acuh saja walaupun anda sedang bercakap dengannya. Dia juga buat seolah-olah anda tidak ada dihadapannya. Disinilah kesabaran anda diuji kerana selama ini dia sudah selalu melayan kerenah anda. Maka, jangan marah. Teruskan memujuk kerana rajuk lelaki tidaklah selama rajuk seseorang wanita. Kan?

2. Tiba-tiba Menjadi Pendiam

Jika anda berada dalam situasi dimana si dia tiba-tiba bersikap pendiam, haa adalah tu yang tidak kena. Selalunya mungkin mulut dia yang berbicara banyak tapi kalini dia diam. Pasti ada yang tidak kena. Cepat-cepat pujuk dan alihkan perhatiannya.

3. Muka Masam Dan Serius

 

Lelaki selalunya dijadikan seseorang yang suka menyakat. Lebih-lebih menyakat pasangannya. Tapi mukanya akan berubah menjadi masam dan serius apabila ada yang tidak kena. Bercakap pun perkara yang penting sahaja. Apa salahnya sekali sekala sebagai wanita anda beralah. Mungkin ada percakapan atau perbuatan yang telah anda lakukan sehingga menggores hatinya.

4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada dua cara lelaki merajuk dan keluar rumah tanpa beritahu. Samada dia keluar tanpa beritahu langsung atau dia tidak bercakap tapi sekadar meninggalkan mesej pada isteri. Ha lelaki, anda yang mana satu. Dekat sini isteri boleh dapat tangkap yang pasangannya sedang merajuk. Yelah, selama ni nak keluar memang akan bagitahu depan-depan, siap ajak keluar sama lagi, tapi kali ini dia diam seribu bahasa. Tahu-tahu dah hilang. Nampaknya dia sedang menunjukkan protes, maka tugas si isteri untuk sejukkan kembali hatinya.

5. Tutup Telefon Bimbit

Sekiranya lelaki sudah mengambil jalan untuk mematikan telefon bimbitnya, itu bermakna dia betul-betul memerlukan ruang sendiri untuk kembali sejuk dari rajuknya dan memang saat itu hatinya sedang marah. Namun jangan panik kerana selalunya lelaki tidak mengambil masa yang lama untuk kembali sejuk. Sebaik sahaja telefonnya sudah boleh dihubungi, cepat-cepat lah ye pujuk!

6. Menonton Hingga Lewat Malam

Satu lagi petanda yang menunjukkan lelaki sedang merajuk apabila dia menonton tv sehingga lewat malam. Selalunya dia lah yang selalu ajak anda tidur tapi kalini, dia berseorangan menonton tv sehingga lewat malam. Bila diajak tidur jawapannya acuh tidak acuh suruh anda tidur dulu. Wanita, jangan pandang remeh. Ambillah langkah yang bijak untuk memastikan si dia tidak merajuk. Ambik bantal, selimut dan tidurlah disebelahnya yang sedang menonton.

Haa jangan ingat wanita je tau yang boleh merajuk. Silap-silap, rajuk lelaki lebih teruk dari wanita. Anda perluĀ jadi wanita yang sensitif terhadap pasangannya. Tidak mungkin lelaki tidak akan merajuk walaupun dibibirnya tidak mengatakan dia merajuk. Jangan dia merajuk, anda pula merajuk ya!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply